Transcription

PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI :SATU TINJAUAN DI NEGERI KELANTANILHAM BIN CHE DAUD @ ZAKARIASARJANA SASTERA2015

Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi : Satu TinjauanDi Negeri KelantanolehIlham Bin Che Daud @ ZakariaTesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi IjazahSarjana SasteraPusat Pengajian Bahasa Dan Pembangunan InsaniahUNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN2015

PENGESAHAN TESISSaya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasilpenyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada manamana universiti dan institusi.TERBUKASaya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskahkertas atau akses terbuka dalam talian (teks penuh).SEKATANSaya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskahkeras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yangdiluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian SiswazahDari tarikhhinggaSULIT(Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta RahsiaRasmi 1972)*TERHAD(Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan olehorganisasi di mana penyelidikan dijalankan)*Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.1.Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.2.Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuatsalinan untuk tujuan pengajian sahaja.3.Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaranantara institusi pengajian.TandatanganTandatangan Penyelia UtamaNombor Kad PengenalanNama Penyelia UtamaTarikh:Tarikh:i

PENGHARGAANAlhamdulillah, Selawat dan Salam buat Rasul junjungan, keluarga dan para sahabatbaginda, dan seluruh doa buat umat Islam agar sentiasa dalam kerahmatan Allah.Buat pertama kalinya saya mengucapkan syukur kepada Allah di atas kurniaanNya,diberi nikmat iman dan Islam serta kesejahteraan dalam menjalankan ibadah sebagaihambaNya di bumi ini.Di dalam menjalankan kajian serta penyelidikan peringkat sarjana ini,banyakjalanan serta kemudahan yang telah dibukakan Allah terhadap saya untuk menempuhitempoh kajian yang sungguh mencabar. Namun segalanya diperudahkan Allah atas nawaitudan niat saya demi membuktikan sesuatu perkara yang wajar diketahui oleh setiap orangdan bidang penyelidikan.Tajuk “Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi: Satu Tinjauan Di NegeriKelantan” merupakan tajuk pilihan hasil dari perbincangan saya bersama penyelia utamasaya iaitu Doktor Nik Yusri Bin Musa dan Profesor Dr. Ab. Aziz. Pemilihan tajuk tersebutdilihat sangat penting berdasarkan pola masyarakat negeri Kelantan yang telah lamamenjadikan seni Khat dan Jawi sebagai tulisan utama dan rasmi dalam pelbagai urusan.Bahkan, kajian ini juga merungkaikan pelbagai sejarah dan kepentingannya kepadamasyarakat sejak zaman-berzaman. Oleh itu, kajian ini menyeliputi hampir pelbagai aspeksamada dari segi kegunaan harian, rasmi, urusan kerajaan dan kesenian.Ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga buat kedua-dua musyrifiaitu Doktor Nik Yusri Bin Musa jua Profesor Doktor Ab. Aziz di atas dorongan dan tunjukajar dalam membantu saya menyiapkan kajian dan penyelidikan ini. Tidak dilupakan jugabuat kedua ibubapa Tuan Haji Zakaria Bin Yacob dan Puan Hasnah Binti Mat Yajid di atasnasihat dan sumbangan dalam pelbagai aspek sehinggalah saya berada di tahap ini.Kepada isteri dan anak-anak yang tercinta, Siti Nur Adilah Binti Kamarudin, UmmuHani dan Muhammad Umayr, terima kasih kerana sanggup menahan karenah danmembantu dalam menyiapkan tesis ini. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kaliansemua di dunia dan di akhirat.Akhir kalam, terimalah kajian ini sebagai hadiah buat kalian demi penyambunggenerasi berilmu di dunia dan di akhirat dan permata ini jualah tinggalan yang akanmembuktikan bahawasanya ilmu itu sangat berharga. Insya Allah.ii

ISI KANDUNGANMUKA SURATPENGESAHAN TESISiPENGHARGAANiiISI KANDUNGANiiiSENARAI GAMBARAJAHviiSENARAI GRAFviiiABSTRAKixABSTRACTxSENARAI TRANSLITERASIxiBAB 1 PENDAHULUAN1.1Pengenalan11.2Latar Belakang Kajian31.3Penyataan Masalah61.4Tujuan Dan Objektif Kajian91.5Kepentingan Kajian101.6Nilai Yang Boleh Digunapakai131.7Skop Kajian141.8Pengertian Tajuk161.9Kajian Literatur171.10Metodologi Kajian211.11Kesimpulan23BAB 2 SEJARAH PERKEMBANGAN SENI KHAT SERTAPENGARUHNYA KE ATAS PENULISAN BANGSA MELAYUISLAM (JAWI)2.1Pendahuluan252.2Sejarah Penulisan Arab292.2.1Permulaan Tulisan Arab322.2.2Penulisan Di Zaman Sebelum Islam Dan Selepas Islam37iii

2.3Perkembangan Seni Khat412.4Jenis-Jenis Khat (Aqlam al-Sittah)452.4.1Khat Kufi452.4.2Khat Nasakh472.4.3Khat Thuluth492.4.4Khat Riqa’ah512.4.5Khat Diwani522.4.6Khat Ta’liq (Farisi)532.5Pengaruh Tulisan Arab Dan Seni Khat Di Nusantara542.5.157Pengaruh Aksara Arab Terhadap Penulisan Bahasa Melayu2.6Pengaruh Seni Khat Dalam Tinggalan Manuskrip Di Nusantara602.7Pengaruh Seni Khat Dalam Urusan Kerajaan Negeri Kelantan Dahulu63Kala2.8Kesimpulan68BAB 3 PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM PENULISAN JAWIDI NEGERI KELANTAN3.1Pendahuluan713.2Penggunaan Khat Dan Jawi Dalam Pelbagai Urusan Di Kelantan723.2.1Pembudayaan Jawi Dan Seni Khat Melalui Sistem Pendidikan753.2.2Penggunaan Seni Khat Dan Jawi Dalam Urusan Istana783.2.3Penggunaan Seni Khat Dan Jawi Dalam Tujuan Perniagaan823.3Kesalahan Yang Menjadi Kebiasaan Dalam Penggunaan Khat dan Jawi853.3.186Kesalahan Pada Papan Tanda Premis Perniagaan3.4Pemantauan Dan Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan893.5Penggunaan Seni Khat Dan Jawi Sebagai Perhiasan923.5.1Jenis Khat Yang Biasa Digunakan Di Kelantan933.5.2Perbezaan Aksara Jawi Moden Dan Jawi Lama983.6Khat dan Jawi Sebagai Medan Kajian Akademik Di Negeri Kelantan1013.7Kesimpulan Bab104iv

BAB 4 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN4.1Pendahuluan1064.2Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Dan Jawi Pada Nama108Premis Perniagaan Di Sekitar Bandar Kota Bharu.4.3Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Dan Jawi Pada111Pernyataan Papan Tanda Dan Iklan.4.44.3.1Domain pernyataan pada papan tanda1114.3.2Domain Iklan112Kajian Terhadap Penggunaan Pernyataan Pada Kain Rentang114dan Gegantung4.4.1Domain Kain Rentang1144.4.2Domain Pernyataan Pada Gegantung1154.5Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Pada Nama Bangunan1174.6Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Dan Jawi Sebagai118Hiasan Di Masjid Dan Surau-Surau Terpilih.4.7Kajian Penggunaan Tulisan Khat Dan Tulisan Jawi Mengikut120Pematuhan Yang Ditetapkan.4.8Kajian Penggunaan Tulisan Khat Dan Tulisan Jawi Di Dalam121Urusan Rasmi Kerajaan4.9Kesimpulan Bab131BAB 5 RINGKASAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DANCADANGANRingkasan Kajian Literatur134Latar Belakang Kajian136Metodologi139Perbincangan148Cadangan Penambahbaikan Dan Keperluan Kajian Lanjutan150Penutup Dan Rumusan154v

SENARAI GAMBAR RAJAHNO.MUKA SURAT2.1Sejarah Penulisan Khat Arab302.2Tulisan di kubur ÑAidu Bin Kahilu312.3Tulisan Heroglif bangsa Mesir Qibti322.4Penemuan tulisan berbentuk simbol tangan di Gua MagharahWadi SurahTulisan Naqash Nabati pada akhir kurun keenam34362.7Tulisan Nabatiy yang diajar kepada penduduk Hijjaz dandinamakan Khat Hijjaziy pada 528 MasihSurat Rasulullah SAW kepada Raja Cycrus2.8Jenis tulisan Khat Kufi Mushaf402.9Khat Kufi Murabba’472.10Basmalah jenis Khat Nasakh492.11Basmalah gaya Khat Thuluth502.12Basmalah dengan gaya Khat RiqÑah512.13Basmalah dengan gaya Khat Diwani522.14Basmalah dengan gaya Khat Ta’liq542.15Tulisan Pallava552.16Tulisan Kawi572.17Manuskrip Syeikh Wan Ahmad Zain al-Fathoni642.18Pitis Kijang Kelantan653.1Khat RiqÑah salah satu sukatan pengajian khat di YIK763.2Tauliah Ketandaan Pingat Kehormatan dan Pingat Kesultanan Kelantan793.3Nombor pendaftaran kenderaan Sultan Muhammad ke-V803.4Kesalahan papan tanda masjid853.5Kesalahan dari segi kombinasi huruf Rumi dan Jawi863.6Tulisan Khat Thuluth berdasarkan kitab Holy Bible873.7Tiada kepatuhan kepada arahan MPKB-BRI873.8Tulisan Syeikh Wan Ahmad al-Fathani943.9Cop mohor Sultan Muhammad ke-IV952.52.6vi3637

3.10Mushaf al-Quran lama negeri Kelantan yang ditemui 1927963.11Tulisan Raja Long Senik Bin Long Kundur kepada GabenorInggeris di Singapura 1908/1909 halaman 1Tulisan Raja Long Senik Bin Long Kundur kepada GabenorInggeris di Singapura 1908/1909 halaman 2Contoh papan iklan kedai yang betul973.124.1vii99111

SENARAI GRAFNO.MUKA SURAT4.1Nama Premis1084.2Pernyataan dan Papan Tanda1124.3Iklan1134.4Kain Rentang1154.5Gegantung1164.6Nama Bangunan1184.7Masjid dan Surau Terpilih1194.8Pematuhan yang ditetapkan121viii

Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi :Satu Tinjauan Di Negeri KelantanABSTRAKSeni khat dan tulisan Jawi mempunyai sejarah yang panjang di negara ini umumnya dan dinegeri Kelantan khasnya. Penggunaan huruf Jawi sebagai tulisan ilmiah utama di nusantaradapat dilihat melalui kitab-kitab dan manuskrip karya ulama terdahulu. Akhbar UtusanMelayu umpamanya pernah menjadi akhbar utama di kalangan masyarakat Melayu. TulisanJawi berhadapan dengan cabaran semasa seperti proses kemodenan serta dasar pendidikananak bangsa yang lebih memberi tumpuan kepada huruf Rumi dan bahasa Inggeris sebagaibahasa penulisan dan pertuturan utama. Khat atau kaligrafi arab merupakan sebahagian dariseni penulisan huruf Jawi menghadapi situasi yang sama sebagaimana tulisan Jawi. Senikhat juga menghadapi senario yang sama dengan tulisan induknya Jawi. Dalam kelesuanserta ketidak perihatinan masyarakat menjaga tulisan Jawi dan seni khat, kerajaan negeriKelantan Darul Naim telah menggubal serta meluluskan Warta Kerajaan Negeri Kelantan,Majlis Perbandaran Kota Bharu 1990 pada tahun 2007 sebagai asas utama menggalakanpenggunaan Khat dan Jawi sebagai kegunaan utama dalam pelbagai urusan. Menerusipemerhatian yang dilakukan terhadap tulisan jawi dan seni khat, terlalu banyak kesilapankesilapan besar yang amat mencacatkan berlaku dalam iklan, papan tanda, banner di sekitarbandar Kota Bharu. Dalam melaksanakan kajian ini, tiga objektif utama telah digariskanbagi menyelaraskan dengan persoalan kajian ini iaitu mengkaji sejauh manakahkepentingan tulisan khat dan Jawi dalam urusan kerajaan negeri Kelantan sebagaimanayang tercatat pada manuskrip kesultanan silam Kelantan serta sejarah perkembangannya,kedua mengetahui pelaksanaan tulisan khat dan Jawi dalam urusan kerajaan Kelantan kinidan yang ketiga mengkaji kepatuhan masyarakat awam terhadap penguatkuasaan MPKBBRI berkaitan papan iklan dalam tulisan khat dan Jawi. metod dokumentasi pengumpulandata yang berkaitan dengan seni khat dan tulisan jawi, wawancara atau temu ramah tokohserta pemerhatian sangat sesuai dalam menyelidik serta mengkaji situasi di sekitar bandarKota Bharu. Justeru, hasil kajian ini mampu menghasilkan pengetahuan baru serta mampudiadaptasikan bukan sahaja melalui pihak berkuasa akan tetapi penyelidik melihat Kelantanmampu menjadi pelopor kepada pusat pengembangan khat dan Jawi di Malaysia.ix

The Usage Of Islamic Calligraphy in Jawi Writing:An Overview In KelantanABSTRACTCalligraphy and Jawi writing has a long history in Malaysia, particularly in the state ofKelantan. The use of Jawi as a major scientific writing in the archipelago can be seenthrough the previous books and manuscripts from several authors. An example isUtusan Melayu, which is a major newspaper among the Malay community. However,Jawi is facing several challenges such as the process of modernity and child educationpolicy, which focus more on Rumi and English as the main language of writing andspeech. Similarly, Arabic calligraphic and Khat that are part of the art of writing Jawiletters also face the same problem. Thus, due to the lack of community care and concernfor Jawi script and calligraphy, the State Government of Kelantan Darul Naim hasdeveloped and approved the Warta Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu MunicipalCouncil 1990 in 2007 as the main basis to encourage the use of Khat and Jawi.However, the Jawi scripts and calligraphy are losing their uniqueness due to lack ofmonitoring and enforcement by the authority. As a result many errors in Jawi writingand calligraphy are found in advertisements, signboards and banners in the vicinity ofKota Bharu. In conducting this study, there have three main objectives have beenhighlighted to coordinate with research question which is reviewing the extent to whichthe interests of calligraphy and Jawi in Kelantan state government affairs as recorded inancient manuscripts Kelantan sultanate and historical development, second know theimplementation of calligraphy and Jawi in Kelantan government affairs and a third iscurrently reviewing public submissions on enforcement MPKB - BRI related tobillboard in calligraphy and Jawi. To review and document data associated withcalligraphy and Jawi, interview and observations is seen as an appropriate method inresearching and examining the situation in the town of Kota Bharu. Thus, this researchshall generate new knowledge and shall be adopted not only by the authorities but alsoother interested parties. It is hoped that, this will place Kelantan as the precursor to thedevelopment of Khat and Jawi center in Malaysia.x

SENARAI TRANSLITERASI1.KONSONANHuruf ArabHuruf LatinContoh AsalContoh Transliterasi أ asa‟ala ب b ل ظأ ت t ث th ج j ح Í خ kh د d ذ dh ز r ش z ض S غ Sy جج د اد ل ح خ ىان ة ده مه ر ح صم م شز م سب ا ظ مط ص Î صشثس ض Ì ط Ï ظ Ð ع c غ gh ف F ق Q ك K ل L ل مس د ىتتزج حمال س ضهسم طا هس ع ظثد ة غ ف قه ض قا أ ض لثه ك iqhqadika‟slaban

Huruf ArabHuruf LatinContoh Asal م مص M ماز ن N ىم ه H هث Contoh Transliterasimizmar ظ nawmhabatawaslW ص ل ي Yyasar عاز LÉ شالم lÉzimHuruf LatinContoh AsalContoh Transliterasi ال 2.VOKALa.Vokal PendekHuruf Arabc ـــ ـــ a ــــ ــ i ـــ ـــ u ف ع ل حة hasibakutiba ع ة b.fa alaVokal Panjangxii ت ك

Huruf ArabHuruf Latin ي / ا aContoh Asal ق ، ات ة ك ضى ي i م Contoh TransliterasikÉtib, qadakarÊm كس xii

ف uhurËf حس c.DiftongHuruf ArabHuruf LatinContoh Asal ق ىل aw ي qawlay ف ي ز ج Contoh TransliterasiÎayf ص rajci atau rajciyyi عى uww عد xiiicaduww atau cadu

BAB 1PENDAHULUAN1.1PengenalanSeni khat yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Islamic Calligraphyatau Arabic writting, juga disebut dalam bahasa Arab sebagai خط yang bermaksudmenulis1. Manakala Calligraphy bermaksud tulisan yang cantik2. Dari segi istilah,seni khat dinyatakan sebagai kesenian yang dicipta bertujuan untuk mengangkatketamadunan bangsa Arab dan juga ketamadunan Islam, bahkan seni khat adalahberbeza berbanding dengan seni kaligrafi yang lain.3Disebabkan itu, seni khat dikenali sebagai salah satu ciri penulisan ataukesenian di dalam Islam dan penulisan Jawi. Kepentingan seni tersebut sangat besardalam ketamadunan dunia Islam sehingga kehalusannya mencorakkan pandanganterhadap aspek-aspek berkaitan Islam, contohnya khat dalam seni bina Islam,penulisan Mushaf al-Quran dengan tulisan Khat Nasakh, kitab-kitab ilmiah dalambahasa Arab atau Jawi, dan sebagainya.1Mohd Khairi Bin Zainuddin, Mohd Nazri Bin Zainuddin, Mohd Fuad Bin Hj Mohd Isa, 2007, al-Miftah, Kuala Pilah : alAzhar Media Enterprise, hlm 760.2, 1997, Kamus Dwi Bahasa Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm 160.3Afifi al-Bahansiy Dr, 1995, MuÑjam MuÎtolihÉt al-Khat al- Arabiy wa al-KhattatÊn, Lubnan : Maktabah Lubnan Nasyirun,hlm ز .1

Manakala tulisan Jawi pula disebut sebagai tulisan Pegon atau tulisan ArabGundul,4 dan pengaruh bentuk serta gaya penulisan Jawi adalah kesan daripadakemasukan Islam ke Tanah Jawa, serta membentuk penulisan asal Jawa daripadaabjad Pegon kepada abjad Arab bahkan menjadi penulisan ilmiah.5 Seni khat bukansetakat konseptual kepada tulisan serta kesenian bangsa Arab semata-mata, bahkandicatatkan oleh sejarah, bahawa ia telah berkembang sehingga mempengaruhibangsa Parsi, bangsa Hindi, bangsa Saljuk iaitu orang Turki dan juga penduduk dikepulauan Melayu iaitu Tanah Melayu, kerajaan Acheh, Pasai, Borneo, danMindanao. Penduduk di kepulauan Melayu di kalangan orang Islam telahmenjadikan khat sebagai resam dalam penulisan Jawi, perkara ini juga berlakudalam kalangan penduduk di kepulauan Sulu dan Mindanao (Filiphina).6Dalam kajian ini, penyelidik melihat dengan pengisytiharan Kota Bharusebagai Bandaraya Islam pada 17 November 2005 merupakan detik yang sangatpenting kepada pengiktirafan kerajaan Negeri Kelantan terhadap tulisan Jawi yangkebiasaannya ditulis dengan seni Khat Nasakh. Pengiktirafan tersebut dilihatapabila kerajaan negeri telah mengadakan beberapa seminar dan bengkel berkaitandengan penguatkuasaan tulisan Jawi dan Khat di Bandar Kota Bharu.4Noriah Mohamed, 2001, Jurnal Sari 19, Bangi : ATMA Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 121.5Op Cit, 122.6Majid Khairabik, 1992, al-Lughah al-ÑArabiyyah – Jazuraha-Intisharaha-TaÚsiraha Fi al-Syarqiy wa al-Gharbiy, Dimasyq: Dar SaÑad al-Din, ctk 1, hlm 90.2

Pihak yang terlibat seperti Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam(MPKB-BRI) merupakan badan bertanggungjawab terhadap pemantauan, sertamenguatkuasakan undang-undang bagi memelihara kelestarian Jawi yang dianggappenting sebagai ciri sebuah Bandaraya Islam. Elemen yang disentuh untukmempertahankan Jawi supaya tidak hilang adalah seperti tulisan, seni khat, danpenggunaan Jawi. 7Sehubungan dengan itu, pengkaji telah memilih satu tajuk iaitu“Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi: Satu Tinjauan Di Negeri Kelantan”yang diharapkan mampu dihuraikan secara akademik sejauh manakah seni Khatdigunakan dalam penulisan Jawi, samada di papan iklan, penulisan rasmi kepalasurat kerajaan negeri, bahan bercetak, dan pelbagai lagi.1.2Latar Belakang KajianLatar belakang kajian ini berdasarkan penggunaan seni khat dalam penulisanJawi dalam kalangan masyarakat negeri Kelantan, pihak berkuasa tempatan sepertiMPKB-BRI, jabatan-jabatan kerajaan negeri dan pusat, pusat-pusat pengajian tinggiawam dan swasta terhadap nilai estetika seni khat yang menjadi tunjang, juga7Johari Bin Mat Dr, 2008, Seminar Dan Bengkel Tulisan Jawi Sambutan Ulang Tahun ke-3 MPKB-BRI Sempena TahunMelawat Kelantan, Kota Bharu : Kerajaan Negeri Kelantan & MPKB-BRI, hlm 6.3

peneraju dalam memartabatkan penulisan Jawi dan Khat agar dipandang indah sertamampu dilestarikan dalam kalangan masyarakat sekarang dan akan datang.Sesungguhnya seni khat mempunyai nilai akademik yang sangat tinggi danmerupakan tulisan yang sangat berkait rapat dengan al-Quran, Hadith, dan kitabkitab Jawi tradisional. Bahkan pada awal kebangkitan Islam, wahyu yangditurunkan ditulis dengan tulisan Khat Kufi yang tidak bertanda atau bertitik.8Selain itu, jika dilihat kepada sejarah awal kedatangan Islam di Tanah Melayu,bukti-bukti penemuan Batu Bersurat di Terengganu, penulisan surat kepadapembesar serta titah sultan dan pelbagai urusan rasmi kerajaan ditulis dalam Jawidengan menggunakan seni khat agar mudah dibaca dan difahami.9 Sehubungandengan itu, kajian ini juga akan menghuraikan kepentingan seni khat dalampenulisan Jawi, sebagai cara yang terbaik untuk membuktikan bahawasanyamasyarakat negeri Kelantan telah menjadikan khat dan Jawi sebagai resampenulisan utama masyarakat dari dahulu sehingga kini, bahkan bersesuaian dengangelaran ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.Setelah merujuk kepada akta Undang-Undang Iklan Majlis PerbandaranKota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) 1990, MPKB-BRI telah meletakkansyarat untuk mempamerkan sesuatu iklan mestilah mempunyai tulisan Jawi,manakala akta yang sama (Pindaan) 2007 telah meletakkan syarat tulisan Jawi8ÑAbd. al-Fattah UbÉdah, t.t, IntisyÉr al-Khat al-ÑArabiy, Kaherah : Maktabah al-Kulliyyah al-Azhariyyah, hlm 11.9Mohd Bakhir Bin Hj Abdullah Dr, 2007, Jurnal Usuluddin,. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, bil 26, hlm 126.4

mestilah sama besar dengan perkataan Bahasa Kebangsaan dan diletakkan di atassekali.10Walaupun syarat telah ditetapkan, penulisan Jawi di papan iklan perlulahditulis dengan tulisan khat dan dirujuk kepada pakar-pakar yang ada sepertiPersatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Kelantan, Kolej Islam AntarabangsaSultan Ismail Petra (KIAS) yang telah mempunyai unit khas bahagian Khat, ataumana-mana institusi Hal Ehwal Islam dan Dewan Bahasa Dan Pustaka yangmempunyai kuasa dalam meluluskan tulisan khat dan juga Jawi agar tidakmenyalahi dari segi kaedah dan seni tersebut.Berdasarkan kepada undang-undang berkenaan, tulisan Jawi tersebut perluditulis dengan seni Khat Nasakh. Masalah yang ketara adalah tulisan Jawi tidakmengikut kaedah ditulis dalam pelbagai versi dan gaya tanpa merujuk kepadakaedah dan gaya khat yang sebenarnya seperti di dalam Mushaf al-Quran atautulisan Khat Arab. Situasi ini bukan sahaja akan mematikan tujuan utama Jawi yangsepatutnya ditulis dengan seni khat, bahkan mematikan identiti Jawi serta bentukhurufnya adalah tulisan dan aksara Arab.Selain itu, wujud juga tulisan yang ditulis dengan khat tetapi terdapatkesalahan ejaan dan amat mengelirukan. Tahap kesedaran di kalangan masyarakatdi Kota Bharu amat sederhana, begitu jua keadaan di kalangan masyarakat negeri10Warta Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu, 1990, Undang-Undang Kecil Iklan MPKB-BRI (Pindaan2007), Kota Bharu : Kerajaan Negeri Kelantan, hlm 2.5

Kelantan. Ini disebabkan isu pemantauan yang tidak menyeluruh dari pihakberkuasa, penerapan seni khat melalui seminar, atau forum tidak dilaksanakansecara berkala ataupun berperingkat, sehingga terdapat dalam kalangan masyarakatmemandang Khat Nasakh sebagai tulisan Jawi, sedangkan seni khat sangat luas danada pelbagai gaya serta kaedah yang memudahkan orang awam untuk membacanya.Justeru, penyelidik merasakan satu kajian perlu dilakukan untuk mencarigaris panduan serta penyeragaman seni khat supaya tidak tertumpu kepada KhatNasakh semata-mata, untuk memastikan keindahan seni Islam tersebut terusdilestarikan dan diperluaskan adalah perlu dilakukan.1.3Penyataan MasalahFenomena penulisan dengan menggunakan komputer telah menjadikebiasaan disebabkan ingin melakukan sesuatu dengan pantas serta mudah. Asaspemikiran tersebut boleh mematikan seni khat dalam kalangan masyarakat Melayu,sedangkan seni khat merupakan imej masyarakat Islam Nusantara diiringi dengantulisan Jawi yang menggunakan huruf Arab iaitu huruf berteraskan wahyu 11.Penyelidik telah memerhatikan sejauh manakah masyarakat di Kota Bharumemahami peraturan yang telah digariskan oleh MPKB BRI. Dengan mengambilpendekatan menguatkuasakan undang-undang pengiklanan, iaitu penggunaan11Syahidatul Akma Dunya, 2012, Jawi Khat Lambang Identiti Melayu, Selangor : Rencana Akhbar Sinar Harian.6

kaedah seni khat yang sebenar. Permasalahan ini dilihat lebih ketara apabilawujudnya software tersendiri dalam penghasilan khat.Dalam kaedah penulisan khat terbahagi kepada beberapa jenis tulisan iaituKhat Thuluth, Khat Nasakh, Khat RiqÑah, Khat Diwani, Khat Farisi, dan KhatKufi12. Jenis-jenis khat yang disebutkan oleh penyelidik merupakan tulisan yangbiasa dilihat oleh penyelidik di dalam kawasan Kota Bharu. Jika pihak MPKB-BRImeletakkan garis panduan berdasarkan jenis-jenis tulisan dan memperluaskan lagijenis khat sebagaimana yang dinyatakan, nescaya perkara tersebut sangat bertepatandengan tema Kota Bharu Bandaraya Islam.Penulisan seni khat yang ditulis secara tradisi bagaikan hidup dan seolaholah mempamerkan kelembutan huruf al-Quran, sebagaimana kata-kata pujanggakhat Arab dalam syairnya iaitu “Sesungguhnya khat itu seni yang hidup, bila masuksahaja dalam komputer terkeluarlah dalamnya roh”.13 Kebanyakan tulisan samadadi iklan-iklan, atau signboard kedai, nama-nama jalan yang ditulis Jawi, bolehdikatakan banyak menggunakan tulisan komputer. Justeru, bukan sahaja telahmencacatkan kesenian Islam, bahkan tidak menggambarkan ciri keIslaman padabandar Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam dan juga negeri Kelantan sebagaiSerambi Mekah yang terkenal sebagai pusat pengembangan ilmu.1213http://ar.wikipedia.org/wiki/ ( طخط ستة dilawati 25 Mac 2013)MusÑad Khudir al-Bur SaÑid, 1998, al-Thuluth Jaliy, Kaherah : Dar al-Fadhilah, hlm 135.7

Selain itu, wujud ketidakseragaman jenis-jenis tulisan khat pada papan iklandan papan tanda jalan. Perkara ini akan mengelirukan orang ramai untuk membacatulisan tersebut. Bahkan perlu diteliti dan diperhalusi agar khat yang ditulismenepati kaedah, senang dibaca dan menjadi penanda atau logo pada sesebuahkedai. Walaupun di dalam akta pindaan tahun 2007 telah dinyatakan jenis tulisanKhat Nasakh, masih wujud pemilik kedai yang tidak mematuhi arahan pihakberkuasa tempatan. Bahkan jenis khat seperti Thuluth, RiqÑah dan lain-lain terusmenjadi tulisan yang digunapakai dalam pengiklanan tulisan Jawi di papan iklan.Seharusnya perkara ini dilihat dengan serius agar masyarakat tidak beranimelanggar sesuatu akta yang digubal dan dalam masa yang sama didedahkandengan tulisan Jawi dan seni khat yang betul.Masalah juga timbul apabila sesebuah papan iklan kedai, atau banner iklanberlainan dari bahasa kebangsaan, seperti bahasa Cina, akan mewujudkan kesukarandari segi penulisan Jawi. Contohnya nama kedai Lee Leong Hwa, sudah pastipemiliknya tidak pandai dalam seni khat maka mereka sewenang-wenangnyamenggunakan kreativiti sendiri, meniru tulisan Jawi atau khat sehingga tidak dapatdibaca.Selain itu, timbul juga masalah tenaga pakar atau penggiat seni khat danJawi untuk mendepani masalah ini. Masalah yang timbul seperti kekurangan merekayang arif serta berkemahiran dalam bidang khat dan Jawi, walaupun ada penggiatserta tokoh seni khat yang aktif, namun permasalahan yang timbul tidak memadai8

dengan beberapa orang sahaja yang boleh dirujuk. Hal ini mungkin disebabkanpihak-pihak bertanggungjawab terlepas pandang atau perkara ini dipandang remehsahaja.Selain daripada pameran imej di dalam pengiklanan, timbul juga soalpenggunaan tulisan seni khat dalam bidang pendidikan dan penggunaan seni liahataupunpenganugerahan pingat serta darjah kebesaran oleh Sultan Muhammad ke-V. danpelbagai lagi kepentingan seni khat bagi negeri Kelantan umumnya dan bagi bandarKota Bharu khususnya sebagai pusat perkembangan ilmu untuk negeri Kelantan.1.4Objektif KajianKajian ini bertujuan untuk melihat kesenian khat di Kelantan khususnyaKota Bharu sebagai Bandaraya Islam dari aspek penghayatannya dalammengaplikasikan penulisan Jawi. Kajian ini bertujuan membudayakan kesenianKhat sebagai instrumen terpenting dalam ciri-ciri Kota Bharu sebagai sebuahBandaraya Islam dan Kelantan bumi Serambi Mekah.Bagi mencapai tujuan kajian ini, maka tiga objektif utama telah dikenalpasti:a) Mengkaji kepentingan tulisan khat serta Jawi dalam urusan kerajaan Kelantandan sebagaimana yang tercatat di dalam manuskrip kesultanan silam Kelantanserta sejarah perkembangannya.

iv 2.3 Perkembangan Seni Khat 41 2.4 Jenis-Jenis Khat (Aqlam al-Sittah) 45 2.4.1 Khat Kufi 45 2.4.2 Khat Nasakh 47 2.4.3 Khat Thuluth 49 2.4.4 Khat Riqa’ah 51 2.4.5 Khat Diwani 52 2.4.6 Khat Ta’liq (Farisi) 5