Transcription

International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 4(3), 2016: 57 - kna dalam Puisi Terpilih Usman AwangMeaning in Selected Poetries by Usman AwangNur Amirah Che Soh & Rohaidah KamaruddinABSTRAKSemantik merupakan salah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji makna dalam kepelbagaian penggunaan mediumbahasa. Perbincangan makna ini merangkumi keseluruhan makna yang ingin disampaikan oleh penulis sama adadihubung kait dengan situasi atau zaman sesuatu karya tersebut dihasilkan. Keterbatasan dalam penghasilan karya padazaman negara masih terjajah menyebabkan golongan penulis lebih berhati-hati dalam pemilihan kata. Fungsi karyasastera juga sebagai wadah pendorong semangat juang bangsa Melayu pada ketika itu kerana makna yang suatu karyabukan pada dasarnya sahaja tetapi terkandung juga makna sebaliknya. Makna sebaliknya yang cuba disampaikan olehUsman Awang dalam karyanya akan dibincangkan dalam makalah ini. Penghuraian makna bukan hanya terbatas padabentuk leksikal tetapi konteks makna, maka puisi Usman Awang sebenarnya bukan sahaja mendukung makna dasartetapi wujud makna sebaliknya yang cuba disampaikan oleh beliau secara halus. Makalah ini akan memanfaatkan empatbuah puisi Usman Awang, iaitu Anjing Itu, Ayah Belum Pulang (Kisah Setelah Mogok),Keranda 152 dan Pak Utih.Kata kunci: Puisi; makna; Usman Awang; semantik; makna konteksABSTRACTSemantics is a field of linguistics that studies the meaning of the various language medium usages. The argument overmeaning encompasses the entire aim that the author wants to convey. Whether the meaning is related to situation orthe age that certain arts were produced. The restriction in the producing of arts during the colonization period madethe authors controlled in the process of selecting words. The function of the literary works as the medium that calledforth the courage and spirit among Malaya people was because of the meaning of the arts which were produced notonly based on the literal contents but also the out of sight meanings. The concealed meanings of Usman Awang that hewanted to convey through his arts will be discussed in this article. The explanations of meaning are not only restrictedin lexical forms, but it also includes the contextual meanings. As a result, Usman Awang’s poetries were not only basedon lexical meanings but also it implied the contextual meanings that he wanted to convey indirectly. The article willinclude 4 poetries produced by Usman Awang such as Anjing Itu, Ayah Belum Pulang (Kisah Setelah Mogok) Keranda152, and Pak Utih.Keywords: Poetry; meaning; Usman Awang; semantics; contextual meaningsPENDAHULUANUsman Awang atau lebih dikenali dengan TongkatWarrant telah dinobatkan sebagai SasterawanNegara pada 7 Disember 1983. Usman Awangjuga merupakan tokoh ASAS 50 yang terlibatdalam penghasilan karya-karya yang bertunjangkanslogan “Seni untuk Masyarakat”. Karya -karyabeliau segar dengan rasa kemanusiaan, romantisdan akrab dengan akar budi Melayu. Beliau antarapenulis yang mengekalkan ciri-ciri pantun dalamsebahagian sajaknya, walaupun telah melonggarkanbeberapa ikatan konvensional. Sesetengah sarjanaberpendapat Usman Awang berpegang kepadaideologi sosialis kerana sebilangan karyanyaberunsur protes, tanpa sempadan bangsa, negeri danbenua. Antara sajaknya yang popular termasuklah“Bunga Popi”, “Gadis di Kuburan”, “Pak Utih”,“Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh” dan “SalamBenua”.Puisi beliau banyak menggunakan simbolikyang tertentu dalam penyampaian mesej keranazaman dan keadaan semasa beliau berkarya, negaramasih di bawah pemerintahan penjajah. Pengkajitertarik untuk membincangkan makna dalam puisiterpilih Usman Awang ini kerana puisi ciptaan beliaumengandungi unsur-unsur tersirat dan bukan sahajamendukung makna dasar. Patah kata yang digunakandalam puisi beliau berupaya menghuraikan maknasesuatu perkataan secara meluas dan tidak khusus.

58Nur Amirah Che Soh & Rohaidah KamaruddinPenghuraian makna secara meluas ini perlu keranasetiap perkataan mempunyai bidang makna yangberbeza sama ada dalam bahasa lain atau dalamkonteks yang berbeza (Abdullah Hassan dan AinonMohd. 2001:127).Penghasilan karya Usman Awang yangsebahagian besarnya dalam bentuk puisi merupakansalah satu cara penulis menyampaikan maknadalam bentuk yang lebih berlapik. Makalah iniakan mengupas makna kata yang digunakan dalampuisi beliau. Perkataan-perkataan yang digunakanoleh Sasterawan Negara ini lebih bersifat konotatifdan juga ada maksud yang tersirat di sebaliksesuatu perkataan. Hal ini selaras dengan kenyataanMuhammad Haji Salleh berkenaan penggunaanbahasa dalam puisi;Bahasa adalah suatu alat yang penuh rahsia; padanya ada badan,ada bentuk, ada suara, ada makna dasar, makna hubungan /sampingan atau konotasi dan ada pula peribadi. Bahasa puisiitu umumnya lebih kental dan membawa bahan makna danbunyi yang lebih berat dari bahasa seharian. Sering juga bahasaini lebih halus; digunakan dengan lebih dinamis, seperti yangtidak digunakan di dalam bahasa prosa atau percakapan harian.(Muhammad Haji Salleh 1984:9)Berdasarkan kenyataan oleh Sasterawan Negara,Muhammad Haji Salleh, bahasa sebagai mediumpenyampaian puisi itu sendiri mendukung satuatau lebih daripada satu makna didalamnya.Namun dalam penulisan puisi medium bahasa ituberperanan lebih daripada menyampaikan maknamalah menyampaikan apa yang terbuku di jiwapenulisnya. Nilai estetika yang terdapat dalampenulisan genre sastera itu sendiri menjadikanpuisi lebih bersifat tersirat berbanding tersuratsehingga penulis sedaya mungkin menggunakanbahasa yang lebih berlapik dan sopan. Oleh hal yangdemikian, dalam puisi karya Usman Awang, beliaulebih memilih untuk berlapik dalam penulisannyawalaupun sesetengah puisinya ditulis atas dasar rasaketidakpuasan hatinya pada waktu itu.PERBINCANGANKarya Usman Awang masih lagi menjadi sebahagiandaripada kajian sastera dan juga kajian bahasa.Pengolahan dalam karya beliau yang lebihbersahaja dan sentiasa berkarya untuk masyarakatmembuatkan karya beliau cukup dekat di hati setiappara pembacanya. Dengan mendukung slogan “Seniuntuk Masyarakat”, Usman Awang cukup pekadengan persekitaran beliau dan setiap kejadian yangberlaku di sekeliling beliau diolah menjadi sebuahkarya yang cukup kreatif. Susunan bait kata yangmenimbulkan rima yang sekata dan sedap didengar,beliau juga tidak mengetepikan bahasa sebagaiwadah penyampaiannya.Menurut Anis Sabirin (1973), puisi dan bahasaitu amat rapat hubungannya. Hubungan ini yangmenyebabkan suatu puisi itu terbentuk daripadasusunan bahasa yang bukan sahaja bertujuan untukmenghasilkan bunyi yang menarik tetapi jugauntuk menyampaikan sesuatu amanat dengan lebihbermakna dan bijaksana. Walaupun interpretasimakna sesuatu mempunyai olahan rasa tersendiriyang ingin disampaikan.Misalnya, karya Usman Awang yang dimuatkanberjudul “Anjing Itu” merupakan luahannyaterhadap sikap golongan penjajah pada waktu itu.Penerbitan karyanya seiring dengan kemunculanAngkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yangmemperjuangkan nasib masyarakat dalam karyakarya yang dihasilkan. Pada waktu itu juga temadan persoalan yang menjadi tumpuan para karyawanberhubung dengan masyarakat, penderitaandarurat, penindasan penjajahan, kecurangan danketidakadilan serta pelbagai masalah yang dihadapioleh masyarakat zaman itu.PUISI ANJING ITUAnjing ItuAnjing itu kurus kelabuLidah terjelir nafas termengah-mengahMenjaga istana tuannya yang gemukPatuh setia, menerima dan menyerah.Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunyamendayu-dayuBukan kerana ada musuhTetapi meminta makanan, perutnya laparTuannya hanya mencampakkan cebis-cebis rotikering.Anjing itu, tidak dibebaskanLehernya dirantai, punca digenggaman tuannya.Anjing itu, bila perlu, diperahBagi menjaga keselamatan tuannyaMenjadi binatang lindungan desakan luarDan himpitan dalamBegitu rupa nasib, anjing ituKurus kering, dalam semuanya tak cukupkan

Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddin 59Hanya menanti rahim tuannyaCebis-cebis roti keringDan tulang-tulang tak berdagingItulah jadi makanan, dan hidup jadiAlat kesenangan manusia jahatmemperhambakannya.melahirkan rasa taat yang tidak berbelah bahagi.Perkataan “rahim” itu juga menunjukkan kesetiaanyang tinggi sehingga sanggup mengetepikankepentingan diri sendiri demi seseorang.Penghasilan puisi “Anjing itu” pada tahun1950 adalah pada waktu negara masih di bawahpemerintahan penjajah barat. Pemberontakan dalamSiapa anjingjiwa penulis tidak digambarkan secara terus-terangHanya binatang setiatetapi menggunakan simbol-simbol yang tertentusebagai medium untuk menyampaikan mesej. Pada(Zurinah Hassan 1990)waktu itu juga penciptaan puisi yang menjadi wadahpilihan para karyawan kerana susunan kata-katanyaMisalnya, baris ketiga dalam rangkap pertamayang lebih selamat dan tidak lebih terbuka jikapuisi tersebut menyatakan “Menjaga istana tuannyadibandingkan dengan cerpen, novel atau drama.yang gemuk”. “Istana” selalunya digambarkanTambahan lagi, tahun 1950 juga menunjukkanseperti tempat yang indah dan mewah serta didiamitimbulnya rasa tidak puas hati terhadap penjajaholeh golongan yang tertentu seperti raja, sultandalam kalangan masyarakat serta perasaan inginatau pemerintah. Selain itu, “Istana” juga merujukbebas daripada belenggu penjajah.pada mahligai yang indah yang menjadi impianKebebasan yang diberikan oleh pihak Inggerisorang kebanyakan tetapi tidak mampu di milikipada waktu itu menyemarakkan lagi semangatdalam dunia realiti. Walau bagaimanapun, “Istana”penulis untuk menghasilkan karya-karya sebagaidalam puisi ini sebenarnya merujuk pada kediamanluahan rasa ketidakpuasan hati. Selain itu, pihakyang mewah yang dimiliki oleh individu yangInggeris telah membawa masuk alat percetakan yangberharta. Hal ini kerana, perkataan “Gemuk” dalamlebih membuka ruang dalam penghasilan karya-karyapuisi itu juga bukan semata-mata merujuk padasastera. Tambahan lagi, sekatan tidak dikenakanindividu yang berisi, gempal, debab atau sihat tetapiserta pengawasan khusus terhadap karya-karyamenggambarkan individu yang hidupnya senangyang dihasilkan jika dibandingkan dengan zamanlenang dengan kemewahan yang dimilikinya.pemerintahan Jepun.Seterusnya dalam baris pertama, rangkapPeluang yang diberikan oleh pihak Inggeriskeempat, penulis menyatakan “Anjing itu, bila perlu,telah menyebabkan timbulnya perasaan beranidiperah”, perkataan “diperah” selalunya merujukuntuk menentang penjajah dan menyuarakan rasapada kain atau pakaian yang lebih fleksibel sifatnya.ketidakpuasan hati untuk membangkitkan kesedaranJika dilihat dalam puisi ini perkataan “diperah”dalam kalangan penduduk tanah Melayu. Paramerujuk pada seekor anjing yang sifatnya garangkaryawan pada waktu itu memanfaatkan peluang inidengan lidah terjelir mana mungkin boleh di perah.dengan sebaik-baiknya kerana melalui penghasilanSecara logiknya gambaran dalam puisi tersebut tidakpuisi yang lebih tersirat serta selamat dengan keadaanmungkin akan berlaku kerana ia bertentangan denganzaman itu, penduduk tanah Melayu dapat mendalamirealiti sebenar. Penulis sebenarnya menggambarkanjiwa penulis serta mula sedar akan hak merekaperkataan “anjing” simbolik kepada manusiasebagai bangsa yang bebas daripada penjajah.manakala perkataan “diperah” pula mendukungPuisi Anjing itu yang dihasilkan pada 1950maksud tenaga yang dikerah atau berhempas pulasitu merupakan luahan rasa tidak puas hati penulisterhadap sesuatu perkara.terhadap golongan penjajah yang bersenang lenang diBaris ketiga dalam rangkap kelima “Hanyatanah Melayu. Kekayaan yang dimiliki oleh golonganmenanti rahim tuannya” juga merupakan simbolpenjajah yang sepatutnya menjadi hak milik mutlakyang digunakan oleh penulis untuk menggambarkanrakyat. Akibat penjajah penduduk tanah Melayusifat “anjing” yang setia kepada tuannya walau dalamterpaksa berkhidmat kepada golongan penjajahapa jua keadaan. Perkataan “rahim” merujuk kepadasehingga melupakan hak-hak mereka sebagaitempat yang terdapat dalam kandungan seorang ibu.penduduk asal tanah Melayu.“Rahim” juga boleh merujuk kepada nama seseorang.“Anjing itu” dalam puisi ini merujuk kepadaWalau bagaimanapun, dalam puisi “Anjing itu”,pihak polis yang terdiri daripada penduduk tempatanUsman Awang sebenarnya ingin menggambarkanditugaskan untuk menjaga ladang-ladang orangkesetiaan yang teramat terhadap sesuatu sehinggaputih. Kesetiaan polis-polis tempatan tersebut

60Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddindipersoalkan oleh beliau kerana pengorbanan yangdilakukan sama ada untuk negara atau sematamata untuk kemudahan penjajah. Hal ini kerana,pemilik ladang-ladang boleh bersuka ria dan hanyamengaut keuntungan daripada hasil ladang-ladangtersebut manakala polis-polis tempatan pula yangbertungkus-lumus untuk memastikan agar ladangladang dalam keadaan yang selamat.Penderitaan yang dialami oleh polis-polistempatan ini bukan sahaja tidak tidur, tidak makanmalah boleh mati akibat peluru sesat. Perasaanini semakin dirasai apabila hasil ladang-ladangtersebut dihantar ke luar negara sedangkan yangbertungkus lumus adalah polis-polis tempatanpada waktu itu. Gambaran masyarakat penjajahpada waktu itu yang hidup dalam keseronokanserta kemewahan menyebabkan Usman Awangmerasakan ketidakadilan berlaku terhadap penduduktanah Melayu.Penghasilan puisi ini sebenarnya untukmenyedarkan penduduk tanah Melayu bahawatekanan yang di lakukan oleh pihak penjajah.Penduduk dikerah tenaga tanpa bayaran yangsetimpal ditambah dengan keselamatan nyawahanya semata-mata untuk menjaga harta benda yangdimiliki oleh penjajah. Oleh sebab itu, penggunaansimbolik “anjing” dalam puisi ini semata-matauntuk menggambarkan kesetiaan polis-polistempatan yang sanggup bergadai nyawa sematamata untuk menjaga harta benda penjajah.PUISI AYAH BELUM PULANG (KISAHSETELAH MOGOK)Ayah Belum Pulang, 1961(Kisah Setelah Mogok)Anak-anak menanti ayahnya kembaliah, berkocak dadanya dalam janjisekotak ais krim dari ayahmana ayah? Anak masih menanti.Betapa ayah tak pulang-pulangpenjual ais krim berkali ulangnanti nak, ayah di perjalanantapi berapa lama menantiayah masih tak tiba lagi.Pulanglah ayah wajahnya basahtangan si anak panjang menadahtapi, anak sayang, saksikanlahayah tak punya rokok sebatangjanji jadi tangis maha pedihnantilah, anak sayang , jika pak cikmu datangmungkin dia membawa sekotak ais krim.Tapi berbulan pak cik tak pernah datangayah masih jua mencari pekerjaan(Zurinah Hassan 1990)Puisi Ayah Belum Pulang, dalam rangkap ketigabaris yang pertama menyatakan “pulanglah ayahwajahnya basah”. Pada dasarnya baris dalampuisi tersebut menggambarkan seorang ayah yangpulang dengan wajah yang basah. “Basah” bolehmerujuk pada baju yang basah, rambut yangbasah, dan sebagainya. Penulis sebenarnya inginmenggambarkan wajah seorang ayah yang pulangdalam keadaan yang letih setelah bertungkus-lumusmencari mata pencarian namun masih tidak mampumembelikan ais krim untuk anak-anaknya.Penulis melakarkan watak ayah dalam puisisecara lebih berhemah dan menggunakan perkataanyang mampu meninggalkan kesan dalam kalanganpembaca. Realitinya wajah ayah dalam puisi inibukan basah akibat terkena air atau sebagainyatetapi menggambarkan kesusahan hidup yang terlalumiskin dan dalam masa yang sama, seorang ayahitu tidak sampai hati untuk menghampakan perasaananak-anaknya. Hal ini jelas tergambar dalam barispuisi yang seterusnya iaitu “tangan si anak panjangmenadah” yang menunjukkan pengharapan yangbegitu tinggi daripada seorang anak yang masihbelum memahami tentang erti kemiskinan.Belenggu kemiskinan yang terlalu menghimpitjuga dapat di tafsir dalam perkataan “basah”apabila pada hakikatnya wajah ayah pada waktu itubercampur baur antara kemiskinan hidup dengankeinginan anak yang di sayanginya. Simbolikdaripada perkataan itu juga menunjukkan bahawaseorang ayah itu tidak sanggup berhadapan dengananaknya kerana dia tahu dia tidak mungkin dapatmemenuhi permintaan anaknya. Jika dilihatpada rangkap yang sebelumnya memperlihatkanpenantian si anak sentiasa tertangguh apabilaayah tidak pulang-pulang. Namun pengharapan sianak yang tidak putus-putus menanti kepulanganayah menyebabkan si ayah semakin luluh hatinyasehinggakan penulis menggambarkan dalam bait“pulanglah ayah wajahnya basah”.Seterusnya dalam rangkap yang sama, bariskeempat, penulis menggambarkan lagi kemiskinanyang mereka alami bukan setakat tidak mampumemenuhi kehendak hidup tetapi keperluan hidup

Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddin 61juga masih belum mencukupi. Baris keempat“ayah tak punya rokok sebatang” jika dilihat dalamfenomena masyarakat zaman sekarang tiada rokoktidak semestinya individu itu dikatakan sebagaiseorang yang miskin. Pada zaman sekarang rokokmerupakan satu kehendak yang menjadi pilihansesetengah golongan yang mampu juga dimilikioleh orang miskin.Keadaan ini berbeza dengan suatu masa dahuluyang masyarakat kampung itu amat sinonimdengan rokok. Rokok pada masa dahulu juga bukanbernilai tinggi seperti sekarang dan rokok bagimasyarakat kampung berupa rokok daun. Padazaman dahulu juga rokok dalam kategori keperluanbukan kehendak yang hanya dapat dicapai apabilaseseorang itu mempunyai berpendapatan yang lebih.Masyarakat kampung dahulu, kehidupan merekadengan rokok tidak dapat dipisahkan dan sudahmenjadi sebahagian dalam santapan rutin mereka.Kemiskinan jelas tergambar apabila rokok yangrendah nilainya tidak mampu dimiliki sedangkania seakan keperluan hidup suatu ketika dahulu.Situasi ini menunjukkan di mana seorang ayah itubukan tidak mahu memenuhi kemahuan anaknyatetapi keperluan dirinya sendiri juga tidak mampudipenuhinya. Seorang ayah digambarkan dalampuisi ini bukan tidak bertanggungjawab tetapitidak mampu memenuhi kehendak anaknya tanpakerelaan hatinya sendiri.Baris seterusnya berbunyi “janji jadi tangismaha pedih” menunjukkan kesan daripadakemahuan anaknya yang tidak dapat dipenuhi, siayah juga tidak mahu perkara seperti itu berlaku.Keadaan yang memaksa si ayah berbuat demikiandan puisi ini ditulis semasa kemiskinan yang dialami sendiri oleh penulis.PUISI KERANDA 152Keranda 152, 1967Anak MelayuPanas dadamu membakar bajuKita arak Keranda 152Ke tanah perkuburannya parlimenSepuluh tahun nafas ini terhentiHari ini jangan lagi menyanyiSebentar lagi malam akan tibaTiap pintu dan jendela sudah dijagaBayang-bayang tidak bisa lewat jalan rayaAnak MelayuNamamu telah diseruJawablahSebelum lidahmu jadi bisu.(Zurinah Hassan 1990)Puisi Keranda 152 di tulis oleh Usman Awanguntuk memberi gambaran tentang kedudukanbahasa Melayu. Rangkap pertama baris kedua“panas dadamu membakar baju” secara asasnyamenunjukkan panas di dada sehingga menyebabkanbaju terbakar. Perkataan “membakar” selalunyadikaitkan dengan api, bara, hangus, dan sebagainya.Hal ini menunjukkan bahawa kewujudan api yangboleh menyebabkan perkataan “membakar” ituberlaku. “Panas” tidak mungkin akan menyebabkanterbakarnya baju yang dipakai.“Panas dadamu membakar baju” sebenarnyasimbolik yang digunakan oleh penulis untukmenggambarkan kemarahan di dalam yangmembuak-buak sehingga disamakan dengan api.Perkataan “membakar” merujuk pada kewujudanapi yang marak dan menyala-nyala dan dalampuisi ini penulis seakan-akan menyatakan bahawakemarahannya terhadap sesuatu diibaratkan sepertiapi yang merak dan menyala-nyala. Kemarahandalam dirinya diibaratkan seperti api yang menyalasehingga mampu membakar sesuatu.Baris seterusnya dalam rangkap yang sama “kitaarak Keranda 152” seperti penulis menceritakantentang orang yang ramai bersama-sama mengusungkeranda. Perkataan “arak” bukan merujuk padakesedihan, kemurungan, kehampaan, kekecewaan,kepedihan, dan kesayuan semasa mengarak kerandatersebut tetapi seakan-akan suatu pesta yang meriahsewaktu mengarak keranda 152. Keranda merujukkepada peti untuk menguburkan mayat, larung ataulong. Secara norma, apabila mengusung kerandapasti suasana di situ dalam keadaan yang sedih,pilu, meratapi, hiba, kecewa, hampa, dan luluhkerana keranda cukup sinonim dengan kematian,pemergian, dan kehilangan.“Keranda 152” merupakan simbolik kepadafasal 152 dalam perlembagaan 1957 yang menyatakanbahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan tercabar oleh bahasa Inggeris. Tindakankerajaan yang ingin mengangkat kedudukan bahasaInggeris setara dengan kedudukan bahasa Melayumenimbulkan pelbagai reaksi yang negatif dalamkalangan rakyat tempatan. Fasal 152 diibaratkan

62Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddinsebagai “Keranda 152” kerana perkara yangtermaktub dalam fasal tersebut tidak dipertahankan.Baris seterusnya “Ke tanah perkuburannyaparlimen” menunjukkan keranda tadi di arakke tanah perkuburan. Jika “Keranda 152” itusimbolik kepada fasal 152 yang termaktub dalamperlembagaan seharusnya “perkuburannya parlimen”itu tidak merujuk kepada tempat pengebumian.“Perkuburannya parlimen” merujuk kepada tempatdimana memorandum bertajuk Rang UndangUndang Bahasa Kebangsaan 1967: MemorandumHussein Onn. Rang undang-undang tersebutdibentangkan di Parlimen kerana mengemukakanhujah bahawa matlamat yang terkandung dalam fasal152 tidak dilaksanakan iaitu tentang status bahasaMelayu. “Perkuburannya parlimen” di sini merujukpada tempat di mana pemerintah berbahas tentangpandangan dan cadangan daripada rakyat tentangpelaksanaan yang dilakukan dalam negara.Rangkap yang terakhir dalam baris terakhirmenyatakan “Sebelum lidahmu jadi bisu”, perkataan“bisu” merujuk kepada keadaan yang tidak dapatbercakap, kelu, dan diam. Perkataan “Sebelumlidahmu” seperti menyatakan bahawa seseorangitu tahu bila lidahnya akan menjadi bisu sedangkanpada dasarnya setiap manusia itu tidak akan tahubila dia akan menjadi bisu. Oleh yang demikian,dalam rangkap tersebut sebenarnya penulis inginmenggambarkan supaya anak Melayu itu lantangdan berani menyuarakan pendapat dan bukannyamenyerah bulat-bulat kepada pemerintah.“Lidahmu jadi bisu” merujuk pada lidah yangsudah tidak mampu lagi berbicara sedangkankebolehan bertutur, bercakap, menyuarakan,mengatakan, meluahkan sesuatu itu masih ada. Barisini juga bukan bermaksud keupayaan seseoranguntuk berkata-kata itu hilang atau sudah tiada tetapikemampuan, kekuatan, semangat itu seakan-akanhilang dan tertanam dalam jiwa apabila perasaantakut, kalah, dan berundur wujud dalam diri.PUISI PAK UTIHPak Utih, 1954Punya satu isteri mahu dakap sampai mati,Lima anak mahu makan setiap hari,Teratak tua digayuti cerita pusaka,Sebidang tanah tandus untuk huma.Kulit tangan tegang belulang,Biasa keluarkan peluh beberapa saja,O Pak Utih, petani berjasa.Tapi malaria senang menjenguk mereka,Meski dalam sembahyang doa berjuta,Dan Mak Utih biasa panggil dukun kampung,Lalu jampi mantera serapah berulang-ulang.Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,Wang dan ayam dara diikat bersilang.IIDi kota pemimpin berteriak-teriak,Pilihan raya dan kemerdekaan rakyat,Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,Jambatan emas kemakmuran sampai ke akhirat.Ketika kemenangan bersinar gemilang,Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanyaterbuka,Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.Di mana-mana jamuan dan pesta makan,Ayam panggang yang enak di depan,Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.Pak Utih masih menanti dengan doa,Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?(Zurinah Hassan 1990)“Punya isteri mahu dakap sampai mati” dalambahagian pertama puisi, baris pertama, rangkap yangpertama seperti penulis ingin menyatakan bahawaseorang suami yang ingin mendakap atau memelukisterinya sampai mati. Jika dalam realiti manamungkin seorang suami berbuat demikian keranatanggungjawab seorang suami itu memerlukan diameninggalkan isterinya untuk mencari nafkah dankeperluan hidup. Perkataan “dakap” di sini bukanmerujuk kepada perlakuan yang ingin memeluk tetapiperasaan cinta, sayang, dan kasih terhadap isterinya.“Mahu dakap sampai mati” pula merujuk kepadaselagi hayat hidupnya di kandung badan perasaankasih, cinta dan sayangnya terhadap isterinya tidakakan luput dan berkekalan sehingga ke akhir nyawa.Rangkap yang kedua, baris yang pertama “Tapimalaria senang menjenguk mereka” merujuk padamalaria yang mengintai, menjenguk dan melihat apayang Pak Utih dan sekeluarga lakukan. “Malaria”merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripadanyamuk yang boleh mengakibatkan kematian.Suasana kampung yang digambarkan dalampuisi Pak Utih ini kerana latar belakang Pak Utihitu sendiri sebagai seorang petani menunjukkan

Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddin 63kawasan tempat tinggal mereka berhampiranatau di kelilingi hutan. Kawasan hutan ini yangmengakibatkan pembiakan nyamuk sehinggamenyebarkan penyakit yang membahayakan nyawa.Baris seterusnya “Meski dalam sembahyang doaberjuta” merupakan kesinambungan bagi baris yangsebelumnya iaitu “tapi malaria senang menjengukmereka” menunjukkan bahawa Pak Utih sekeluargatidak putus-putus memohon doa pada yang Satutetapi serangan malaria tetap menjadi – jadi dan tidakberkurangan. Penulis menggunakan “doa berjuta”bagi menunjukkan usaha yang terlalu kerap kali dansentiasa berharap agar serangan malaria akan berhentidaripada menyerang mereka sekeluarga.“Lalu jampi mantera serapah berulang-ulang”merujuk kepada selain usaha memohon doa, merekasekeluarga juga memanggil dukun untuk mengubatipenyakit malaria yang menyerang mereka sekeluarga.“Jampi serapah” boleh difahami juga sebagaimantera, kata-kata keramat, dan pemujaan terhadapsesuatu kerana menginginkan sesuatu perkara yangbermanfaat. Situasi ini menunjukkan masyarakatdahulu masih berpegang pada amalan nenek moyangmereka yang berfahaman animisme iaitu percayapada kuasa alam yang mampu mendatangkankemudaratan jika tidak di puja atau di sembah.Seterusnya dalam bahagian yang keduapuisi, pada rangkap pertama, baris yang keempat“Jambatan emas kemakmuran sampai ke akhirat”.“Emas” dalam baris ini boleh merujuk kepadakemewahan, kekayaan, dan kesenangan yangdiimpikan oleh individu kerana sukar untukmemilikinya. Namun, dalam baris ini “jambatanemas” merujuk kepada janji-janji yang di utarakanoleh pihak pemerintah semasa pilihan raya. Janjijanji tersebut digambarkan seperti “jambatan emas”kerana janji yang diperkatakan oleh pemimpinpemimpin semasa pilihan raya tinggi menggunungsehingga menggambarkan yang indah-indah belaka.Rakyat yang berharap kepada pemimpin yangdi sokong mampu membawa seribu sinar dalamkehidupan mereka di masa yang akan datang.“Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanyaterbuka” baris ini menggambarkan keadaanpemimpin setelah kemenangan berpihak kepadanya.“Dada terbuka” merujuk kepada belahan bajuyang tidak di butang sehingga menampakkanbahagian dada atau mendedahkan bahagian dada.Ironinya keadaan ini sebenarnya menggambarkanseorang pemimpin itu setelah meraih kemenanganmerasa megah dengan kekuasaan yang dimilikinya.Pemimpin juga digambarkan dalam keadaan serbamewah setelah mencapai satu tahap dimana diamampu berdiri kukuh dengan kekuasaan yang ada.Dalam rangkap yang terakhir, baris keempat“Pak Utih masih menanti dengan doa” merujukpada usaha Pak Utih yang masih tidak berputus asauntuk memohon supaya kehidupan mereka lebihbaik . Namun dalam baris tersebut sebenarnya inginmenyatakan tentang Pak Utih yang juga mengharapkepada pemimpin yang di sokong supaya dapatmembantu dan membangunkan kampung mereka.Namun, janji hanya tinggal janji bila pemimpinmemiliki kekuasaan yang diimpikan oleh mereka,mereka mula melupakan tanggungjawab terhadapgolongan rakyat. Misalnya, dalam puisi ini, PakUtih berharap supaya kehidupan mereka sekeluargabebas daripada belenggu kemiskinan dan seranganmalaria yang membahayakan nyawa mereka.KESIMPULANMakna bukan sahaja dibincangkan daripada sudutleksikal sahaja tetapi memperlihatkan keperibadianpenulis tersebut dan zaman yang mempengaruhipenulisannya pada ketika itu. Secara asasnya, dapatdirumuskan sesuatu perkataan memperoleh maknamelalui keperihalan keadaan dan konteks situasiyang wujud semasa perkataan itu digunakan. Selainitu, keupayaan penggunaan kata dalam puisi UsmanAwang memperlihatkan makna sesuatu perkataanitu adalah luas dan tidak khusus. Oleh hal yangdemikian, sesuatu makna yang serupa mungkinmempunyai makna yang berlainan dalam bahasalain atau dalam konteks-konteks lain.Secara keseluruhannya, makna dalam puisi-puisiUsman Awang melampaui pemikiran dasar pembacajika dilihat daripada sudut situasi serta latar zamanpuisi tersebut dihasilkan kerana karya - karyanyabanyak menggunakan unsur - unsur simbolik.Perkataan-perkataan yang digunakan dalam karyaUsman Awang tidak semestinya menggambarkan satumakna sahaja, iaitu mendukung makna denotatif tetapiboleh memperjelaskan seribu makna yang tersirat disebalik satu-satu perkataan tersebut. Pengaplikasianpatah kata yang mampu mendukung kepelbagaianmakna dalam puisi-puisi Usman Awang, menjadikanpuisi beliau bukan sahaja indah pada indera dengarpembaca tetapi dalam masa yang sama sarat denganmesej dan amanat yang ingin disampaikan.Kesimpulannya, karya Usman Awangmenyumbang bukan sahaja kepada duniakesusasteraan tetapi juga turut menyumbang kepada

64Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddinbahasa dan linguistik. Pengolahan idea dalam karyabeliau menjadikan pengaplikasian ilmu linguistikmampu menghuraikan sudut semantik atau kajianmakna dengan lebih khusus. Kajian makna ini jugasecara tidak langsung melihat puisi tersebut bukansekadar penghibur duka lara atau alat melepaskanemosi semata-mata tetapi sebagai suatu wadahkebijaksanaan yang terkandung amanat dan suarajuang golongan penulis suatu ketika dahulu.Ketajaman mata pena yang akhirnya menghasilkansuatu karya yang bukan sahaja dinilai secara kreatiftetapi juga sebagai suatu kajian yang bermakna.RUJUKANAbdullah Hassan, terj. 1989. Semantik. Pulau Pinang: UniversitiSains Malaysia.Nur Amirah binti Che SohE-mel: [email protected] Kamaruddin (Ph.D)Jabatan Bahasa MelayuFakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.E-mel: rohaidah k[email protected]: 18 Mac 2015Diterima: 19 Julai 2016Abdullah Hassan. 2007. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. 2001. Teori dan TeknikTerjemahan. Seri Kembangan: PTS Publications &Distributors Sdn Bhd.Anis Sabirin. 1973. Mengenal Puisi. Kuala Lumpur: D

bentuk leksikal tetapi konteks makna, maka puisi Usman Awang sebenarnya bukan sahaja mendukung makna dasar tetapi wujud makna sebaliknya yang cuba disampaikan oleh beliau secara halus. Makalah ini akan memanfaatkan empat buah puisi Usman Awang, iaitu Anjing Itu, Ayah Belum Pulang (Kisah Setelah Mogok),Keranda 152 dan Pak Utih.