Transcription

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)e-ISBN: 978-967-2122-15-9Kepercayaan Pengguna Dalam Pembelian Atas Talian: Kajian KesPelajar Tahun Akhir Kolej Universiti Islam Antarabangsa SelangorSUHAILA NADZRIKolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] FATEHAH FAUZIKolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] SYUHADA ABD RAHMANKolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] AKHTAR BAHARUDINKolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] ini dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan penggunaterhadap pembelian atas talian. Terdapat tiga faktor yang digunakan dalam kajian ini iaitu faktorkemudahan, populariti dan keselamatan, dan pengalaman. Data diperoleh melalui edaran borang soalselidik kepada pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda di bawah Fakulti Pengurusan dan Muamalah(FPM) dalam lima kursus pengajian di KUIS dan seramai 125 orang pelajar telah menjawab soalselidik tersebut dengan lengkap. Data dianalisis menggunakan perisian ‘Statistic Package for SocialScience (SPSS)’ versi 20 dengan menggunakan kaedah deskriptif, dan korelasi. Dapatan kajianmenunjukkan faktor kemudahan dan populariti dan keselamatan mempengaruhi kepercayaanpengguna terhadap pembelian atas talian. Manakala faktor pengalaman tidak mempengaruhikepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talian. Penyelidik mengharapkan kajian ini dapatdijadikan rujukan oleh usahawan-usahawan yang terlibat dalam perniagaan atas talian supayamenambahbaik kualiti kemudahan dan keselamatan perniagaan atas talian mereka.Kata kunci: Kepercayaan, Pengguna, Pembelian, Atas Talian.ABSTRACTThis study was conducted to examine factors that influence consumer trust in the online purchase.There are three factors used in this study; convenience, popularity (in terms of safety), and experience.Data were gathered through distribution of structured questionnaires to 125 final year BachelorDegree students of five different academic programs in Faculty of Management and Muamalah,International Islamic University College Selangor. Data were analyzed by using the StatisticalPackage for Social Science (SPSS) version 20. The result of correlational analysis suggests thatconvenience and popularity (safety) factors influence consumer trust in the online purchase, whileexperience factor does not affect consumer in the online purchase. It is hoped that this paper will62

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)e-ISBN: 978-967-2122-15-9become a source of reference to online entrepreneurs to improve their online service to the consumers,especially in the aspects of convenience and safety.Keywords: Trust, Consumer, Online, Purchase.PENGENALANDunia siber tidak mempunyai sempadan. Dengan kapasiti penghantaran kuantiti yang tidak terhadmelalui Internet, maklumat mampu merentasi sempadan negara. Pengguna dari seluruh pelosok duniaberpeluang berkomunikasi secara bebas, bertukar maklumat, dan terlibat dalam apa jua aktiviti atastalian. Internet juga dianggap sebagai kenderaan bagi urus niaga komersial sebagai platform yangberkesan dalam e-dagang. Pembeli atas talian juga menganggap Internet sebagai sumber bagimendapatkan maklumat produk secara terperinci (Phaik-Harn Chua Adeline 2008).Seiring dengan meningkatnya pengguna melakukan pembelian dan aktiviti jual secara atas talian,aktiviti berbelanja atas talian telah berkembang secara signifikan. Jika pengguna berasa puas hati akankualiti perkhidmatan dari sistem jualan atas talian pada suatu laman sesawang, perbelanjaan atas talianmenjadi sangat tinggi (Hoga Saragih dan Rizky Ramdhany, 2012). Malah, menurut Mujiyana danIngge Elissa (2013) berbelanja atas talian sangat mudah, jimat masa dan jimat kos jika dibandingkandengan berbelanja luar talian.Selain itu, Pengguna yang mempunyai kepercayaan dan berani sahaja yang akan melakukan transaksimelalui media Internet. Oleh sebab itu, transaksi dalam dunia e-dagang tidak akan berlaku jikalandasan kepercayaan tiada antara penjual dan pengguna (Isnain Putra Baskara et. al, 2014).Kepercayaan pengguna pada Internet adalah faktor yang menentukan kejayaan pelaksanaanperniagaan khususnya dalam penjualan runcit secara atas talian. Namun, risiko atau ketidakpastiansering dikaitkan dalam pembelian secara atas talian. Ini berlaku ketika pengguna perlu memberikanmaklumat kad kredit atau kad debit secara atas talian (Pudji Utomo et al., 2011).Oleh sebab ketidakpastian wujud dalam urus niaga melalui Internet, ramai penyelidik telahmenyatakan bahawa kepercayaan adalah faktor yang mempengaruhi percambahan kejayaan e-dagang( Hoga Saragih dan Rizky Ramdhany, 2012, Citra Kusuma Dewi, D.L 2015). Konsep kepercayaanadalah penting kerana ia memberi kesan kepada beberapa faktor penting untuk transaksi atas talian,termasuk keselamatan dan privasi. Walaupun e-dagang membawa manfaat kepada kedua-dua penjualdan pelanggan, ia juga mempunyai batasan seperti pemisahan fizikal antara pembeli dan penjual, dandi antara pembeli dan barang dagangan. Penjual mesti membangunkan hubungan yang bolehdipercayai untuk memupuk kesetiaan pelanggan dalam usaha untuk mengurangkan halangan.(Thompson S.H. Teo dan Jing Liu (2007).Manakala, menurut Radetya Agung Wibowo (2015), perniagaan atas talian memerlukan kepercayaanantara satu sama lain. Jika tiada rasa percaya, transaksi ti dak boleh dilakukan. Setiap syarikat atausesiapa sahaja yang melakukan perniagaan atas talian perlu menjaga kepercayaan penggunanya.Penyataan MasalahBerbelanja secara atas talian ini diminati kerana ia sangat mudah, menjimatkan masa, danmenjimatkan kos jika dibandingkan dengan berbelanja di luar (Mujiyana dan Ingge Elissa 2013),namun di sebalik kebaikan dalam berbelanja secara atas talian, ia juga mempunyai keburukan. Dalamkajian yang dilakukan oleh Pudji Utomo et al. (2011) sebahagian pengguna takut untuk melaksanakan63

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)e-ISBN: 978-967-2122-15-9transaksi secara atas talian kerana pelbagai perkara. Antaranya kerana jenayah komputer yang tinggi,dan penipuan kepada pengguna yang berbelanja atas talian.Menurut Vivi Susanti dan Cholichul Hadi (2013) ramai pelanggan yang mengalami kes penipuankerana terliur dengan harga yang murah dan barang yang elegan tanpa memerhati faktor keselamatandalam transaksi. Selain itu, Farhan Mat Arisah, S.A (2015) menyatakan bahawa para penggunabimbang untuk mendedahkan maklumat kewangan dan maklumat peribadi. Ini kerana walaupunkebanyakan laman sesawang pembelian atas talian menyediakan polisi perlindungan maklumatperibadi dan menjamin keselamatan urus niaga, namun mereka tidak menjelaskan secara terperincibagaimana transaksi dan data peribadi akan dilindungi.Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Datuk Dr. N. Marimuthu dalamUtusan Online (2015), sebanyak 51.8 peratus pengguna menjadi mangsa pembelian dalam talianapabila menerima barangan yang tidak sama seperti yang dipaparkan di dalam laman sesawang danterpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan barangan.Oleh sebab permasalahan di atas, pengkaji ingin mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhikepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talian.Persoalan Kajian(1) Apakah faktor kemudahan, populariti dan keselamatan dan pengalaman mempengaruhikepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talian?(2) Apakah faktor yang paling dominan yang mempengaruhi kepercayaan pengguna terhadappembelian atas talian?Objektif Kajian(1) Mengenal pasti sama ada faktor kemudahan, faktor populariti dan keselamatan dan faktorpengalaman mempengaruhi kepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talian.(2) Mengenal pasti faktor paling dominan yang mempengaruhi kepercayaan pengguna terhadappembelian atas talian.Kepentingan KajianKajian ini dapat membantu pelbagai pihak terutama usahawan yang berniaga secara atas talian dalammemastikan mereka sentiasa menjalankan perniagaan secara beretika agar dapat mengekalkankepercayaan pengguna untuk terus melakukan pembelian secara atas talian.Skop KajianTerdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pembelian pengguna tetapi dalam kajian ini hanya fokuskepada tiga faktor sahaja iaitu faktor kemudahan, faktor populariti dan keselamatan, dan faktorpengalaman. Skop kajian ini adalah melibatkan 125 orang responden yang terdiri daripada pelajartahun akhir Ijazah Sarjana Muda di bawah Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM) Kolej UniversitiIslam Antarabangsa Selangor. Lima kursus pengajian yang dipilih iaitu Ijazah Sarjana MudaPentadbiran Perniagaan Dengan E-Dagang (BBAEC), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan SumberManusia (BHRM), Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Dan Kewangan (BEF), Ijazah Sarjana MudaPerakaunan (BACC), Dan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan) (BIF) memandangkanpelajar-pelajar ini telahpun mengambil kursus yang berkaitan e-dagang yang dijangkakan mereka inimempunyai pengetahuan berkaitan e-dagang dan mempunyai pengalaman pembelian atas talian.64

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)e-ISBN: 978-967-2122-15-9KERANGKA KAJIANKerangka kajian adalah seperti dalam Rajah 1 di bawah. Terdapat tiga pemboleh ubah tidak bersandariaitu kemudahan, populariti dan keselamatan, dan pengalaman. Manakala, pemboleh ubah bersandarpula ialah kepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talianRajah 1: Kerangka KajianPemboleh ubah Tidak BersandarPemboleh ubah BersandarKemudahanH1Kepercayaan PenggunaPopulariti dan KeselamatanH2Terhadap Pembelian AtasTalianH3PengalamanKerangka kajian di atas diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Isnain Putra Baskara & GuruhTaufan Hariyadi (2014), Cicilia Desy Widya Permatasari (2015) dan Pube Emma Naomi R.B (2016).KAJIAN LEPASDefinisi Pembelian Atas TalianMenurut Cicilia Desy Widya Permatasari (2015), pembelian atas talian merujuk pada perilakubelanja pengguna pada kedai atas talian atau laman sesawang yang bertujuan untuk pembelian secaraatas talian. Pengguna memasuki dunia Internet untuk mencari dan membeli produk. Proses berbelanjamelalui Internet terjadi apabila pengguna yang berpotensi menggunakan Internet dan mencarimaklumat yang berkaitan dengan barang atau perkhidmatan yang mereka perlukan.Perniagaan Atas TalianMenurut Nurul Azifah dan Citra Kusuma Dewi (2016) E-dagang ditakrifkan sebagai aplikasiteknologi rangkaian telekomunikasi untuk melakukan suatu transaksi perniagaan, pertukaranmaklumat, dan menjaga hubungan dengan pengguna sebelum, semasa, dan setelah proses pembelian.Jenis-jenis E-dagang ini diantaranya adalah Collaborative Commerce (C-Commerce), Business-toBusiness (B2B), Business-to-Consumer (B2C), Consumer-to Business (C2B), dan Custumer-toCustomer (C2C).Collaborative Commerce (C-Commerce) iaitu kerjasama secara elektronik antara rakan niaga.Business-to-Business (B2B) meliputi transaksi antara organisasi yang dilakukan dalam pasaranelektronik. Business-to-Consumer (B2C) iaitu penjual adalah sebuah organisasi dan pembeli adalahindividu. Dalam Consumer-to Business (C2B), pengguna memberitahu keperluan atas sesuatu produktertentu dan pembekal bersaing untuk menyediakan produk atau perkhidmatan tersebut kepada65

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)e-ISBN: 978-967-2122-15-9pengguna. Custumer-to-Customer (C2C) iaitu pengguna menjual secara langsung atau mengiklankanperkhidmatan peribadi kepada pengguna lain di Internet.Menurut Rohaizan Abdullah (2016) perniagaan atas talian sangat popular dan digemari olehmasyarakat pada masa kini. Kaedah untuk menjalankan perniagaan mudah dimulakan dan dijalankandengan menggunakan modal yang rendah. Risiko juga lebih rendah dan peniaga dapat menguruskansendiri perniagaan tanpa perlu mengupah pekerja. Kos untuk memulakan sesebuah perniagaankonvensional kebiasaannya lebih tinggi tetapi kos sewa kedai, ubah suai bangunan, upah pekerja danlain-lain dapat dikurangkan melalui perniagaan atas talian.Salah satu contoh perniagaan atas talian adalah Lazada. Lazada.co.id merupakan sebahagian dariLazada Group yang menjalankan perniagaan atas talian nombor satu di Asia Tenggara. Menjadiperintis dalam bidang e-dagang, Lazada menjalankan perkhidmatan membeli-belah yang mudah bagipelanggan dan akses langsung pada pangkalan data pelanggan terbesar di Asia Tenggara.Isu terkini yang dikupas oleh Ahmad Suhael Adnan (2017), menurut laporan Bernama, CyberSecurityMalaysia (CyberSecurity) mencatatkan 3,921 kes membabitkan penipuan dalam talian tahun lepasberbanding 3,257 kes pada 2015. Menurut Datuk Seri Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi danInovasi, penipuan dalam talian merupakan kes paling banyak dilaporkan membabitkan keselamatansiber di Malaysia bagi tempoh lima tahun. Penipuan itu melibatkan pembelian barangan dalam talian,urus niaga Internet, phising dan scam (Berita harian, 7 Februari 2017).Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepercayaan Pengguna Dalam Pembelian Atas TalianKemudahanPube Emma Naomi R.B (2016) menyatakan kemudahan merupakan perkara yang memudahkan danmempercepatkan sesuatu urusan. Dalam pasaran atas talian, pengguna boleh menempah sesuatuproduk dalam masa 24 jam sehari tidak kira di mana sekali pun mereka berada. Pengguna juga tidakperlu memandu untuk mencari barang. Kebiasaannya, pembelian secara atas talian akan dibandingkandengan pembelian di luar talian. Barangan yang ditawarkan dalam pembelian secara atas talian mestilebih baik dari yang ditawarkan di luar talian. Kemudahan menjadi daya tarik bermula dengan pilihanbarangan, kemudahan dalam melakukan pembelian, kemudahan pembayaran, dan juga kemudahanmendapatkan barangan tersebut.Bagi Suhartini R.S (2011) membuat pembelian secara atas talian di katakan mudah kerana hanya perlumembuka laman sesawang, klik pada barangan yang diingini, lakukan transaksi dan barang akandihantar kemudian. Penjual mudah untuk memasarkan barang dagangannya, manakala pembeli pulamudah untuk mencari barang yang diingini. Kemudahan ini menyebabkan pengguna ingin membelibarang secara atas talian.Populariti dan KeselamatanPopulariti sesebuah kedai atas talian menjadi faktor kepercayaan pengguna terhadap berbelanja atastalian. Pengguna semakin yakin dan percaya akan keselamatan berurusan dengan kedai tersebut jikakedai tersebut popular. Jaminan terhadap keselamatan transaksi berbelanja yang diberi oleh kedaitersebut juga dapat meningkatkan kepercayaan para pengguna. Contohnya, jika berlaku sebarangpenipuan atau percanggahan barang yang telah ditempah, wang yang telah dibayar untuk pembelianbarangan tersebut dikembalikan (Hoga Saragih dan Rizky Ramdhany, 2012).66

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)e-ISBN: 978-967-2122-15-9Abdurrahman Adi Sukma (2012) mendefinisikan keselamatan sebagai kemampuan kedai atas talianmelakukan pengawalan dan penjagaan keselamatan atas transaksi data. Keselamatan juga memainkanperanan penting dalam membentuk kepercayaan dengan mengurangkan perhatian pelanggan tentangpenyalahgunaan data peribadi dan transaksi data yang mudah rosak.Kepercayaan pengguna terhadap sesebuah laman sesawang terletak pada populariti laman sesawangtersebut. Kebolehpercayaan penjual dalam menjamin keselamatan berurus niaga dan meyakinkanpengguna bahawa urus niaga akan diproses setelah pembayaran dilakukan sangat penting. Hal inikerana penipuan boleh berlaku ketika berbelanja atas talian seiring dengan berkembangnya teknologi(Mujiyana dan Ingge Elissa, 2013). Faktor keselamatan mempunyai hubungan yang positif dansignifikan dalam mempengaruhi pembelian melalui secara atas talian. Pengguna tidak akanmelakukan pembelian tanpa ada sebarang jaminan keselamatan yang boleh menimbulkan rasabimbang dalam diri mereka (Raman Arasu dan Viswanathan A., 2011)PengalamanKepercayaan seseorang pengguna untuk berbelanja atas talian adalah berdasarkan pengalaman yangtelah dilalui sendiri seseorang pengguna semasa berbelanja atas talian. Contohnya, bagaimanapengguna mendapatkan pengalaman kepuasan dan juga harga semasa berbelanja melalui kedai atastalian tersebut (Hoga Saragih dan Rizky Ramdhany, 2012)Vivi Susanti & Cholichul Hadi (2013) menyatakan proses pertukaran sosial, pengalaman di antaraorganisasi dengan pengguna, atau pun mendengar cerita daripada rakan adalah merujuk kepadakepercayaan berdasarkan proses. Manakala, pengalaman yang dikongsi bersama antara penjual danpengguna adalah merujuk kepada kepercayaan berdasarkan ciri-ciri. Manakala, Isnain Putra Baskaraet. Al (2014), faktor pengalaman terbukti telah menjadi faktor utama yang mempengaruhi penggunadalam melakukan pembelian melalui Internet. Pengguna yang mempunyai pengalaman yang burukdalam pesanan penghantaran akan mempunyai tahap kepercayaan yang rendah kepada pemasar yangmenawarkan produk melalui atas talian (Mazlina Jamaludin & Nek Kamal Yeop Yunus, 2014).Kepercayaan Pengguna Terhadap Pembelian Atas TalianPembelian adalah fungsi daripada faktor untuk berbelanja dan pengaruh persekitaran atau individu.berbelanja bermaksud mempunyai rancangan untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatantertentu (Pudji Utomo et al., 2011).Suhartini R.S (2011) menyatakan kepercayaan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhitahap anggapan terhadap risiko dan penilaian yang dilakukan oleh pelanggan. Faktor kepercayaanadalah penting dalam hal yang berkaitan dengan risiko dan pertukaran menerusi elektronik. Ini keranafaktor kepercayaan diberi keutamaan oleh pengguna apabila melibatkan penggunaan sesebuah aplikasidalam sesebuah laman sesawang (Ahmad Syahrul Haniff Mohd Rawi et al., 2011).Isnain Putra Baskara et. al (2014) mengulas faktor kepercayaan adalah penting dalam menarik minatbeli. Hal ini kerana pembelian secara atas talian dilakukan tanpa bersemuka atau bertemu secaralangsung antara penjual dan pengguna. Manakala, Cecilia Desy Widya Permata Sari (2015)menyatakan faktor kepercayaan menjadi kunci bagi setiap jual beli secara atas talian. Ini kerana,pelanggan yang mempunyai kepercayaan dan berani mengambil risiko sahaja yang akan melakukantransaksi melalui media Internet. Manakala menurut Nurul Azifah dan Citra Kusuma Dewi, (2016)pembelian berkait dengan tingkah laku yang boleh diklasifikasikan sebagai cara seseorang individudalam membeli produk secara khusus. Sikap dan tingkah laku seseorang itu yang menentukantersebut.67

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)e-ISBN: 978-967-2122-15-9Reka Bentuk KajianMenurut Bryman (2008), reka bentuk kajian adalah kerangka yang diguna oleh sesebuah kajiandalam mengumpul dan menganalisis data. Bagi Robson (2011) pula, reka bentuk kajian berfungsiuntuk menukar persoalan kajian kepada projek yang merangkumi tujuan, teori, persoalan kajian,kaedah dan pensampelan. Reka bentuk kuantitatif sesuai bagi kajian deskriptif, manakala kajian yangbertujuan membuat penjelasan, reka bentuk eksperimen sesuai digunakan (Robson, 2011).Reka bentuk kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan borangsoal selidik di mana borang soal selidik ini diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajarpelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda (FPM) bagi lima kursus pengajian di KUIS.Kaedah ini memerlukan pengkaji untuk menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kajianyang dijalankan bagi pengumpulan maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Soalan diatur dan digubaluntuk memudahkan para responden dalam menjawab agar mereka memahami dan menjawab soalanyang diberikan dengan baik. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis data berbentuk deskriptif,korelasi dan regresi dalam menjawab persoalan-persoalan kajian.Pemboleh Ubah KajianDalam kajian ini hanya menggunakan pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar.Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah kepercayaan pengguna terhadap pembelian atastalian. Manakala, pemboleh ubah yang tidak bersandar adalah kemudahan, populariti dankeselamatan, dan pengalaman.Hipotesis KajianTerdapat tiga hipotesis yang akan diuji oleh pengkaji di dalam kajian ini. Hipotesis-hipotesis yangterlibat adalah seperti berikut:H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kemudahan dengan kepercayaan penggunaterhadap pembelian atas talian.H2: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor populariti dan keselamatan dengan kepercayaanpengguna terhadap pembelian atas talian.H3: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengalaman dengan kepercayaan penggunaterhadap pembelian atas talian.Kaedah Pengumpulan dan AnalisisSumber data yang digunakan dalam kajian ini adalah data primer dan data sekunder. Sumber dataprimer adalah melalui edaran borang soal selidik kepada responden secara rawak (persampelan rawakmudah) yang terdiri daripada 135 orang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pengurusandan Muamalah (FPM) KUIS dari lima kursus yang telah dipilih. Namun hanya 125 borang soalselidik yang dipulangkan dengan lengkap dan dianalisis secara sistematik menggunakan SPSS(Statistic Package for Social Science) versi 20 melalui kaedah deskriptif, korelasi dan regreasi bagimenjawab persoalan kajian.Borang Soal SelidikJumlah soalan yang disediakan dalam borang soal selidik bagi kajian yang diedarkan kepadaresponden ini ialah sebanyak 30 soalan. Borang soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian iaitubahagian A mengenai latar belakang responden, bahagian B mengenai kepercayaan penggunaterhadap pembelian atas talian, bahagian C mengenai faktor kemudahan, bahagian D mengenai faktorpopulariti dan keselamatan, dan bahagian E mengenai faktor pengalaman.68

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)e-ISBN: 978-967-2122-15-9Skala likert menurut Djaali (2008) adalah skala yang dapat dipergunakan untuk mengukur sikap,pendapat, dan persepsi seseorang atau sekelompok orang tentang suatu gejala atau fenomenapendidikan. Kajian ini menggunakan skala likert lima mata. Responden menandakan tahappersetujuan terhadap soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dalam borang soal selidik.Jadual 1: Skala Likert bagi Bahagian B, C, D, dan E12345Sangat Tidak SetujuKurang SetujuNeutralSetujuSangat SetujuInstrumen KajianDalam kajian ini, beberapa item soalan dalam set soalan soal selidik diadaptasi dan diubahsuaidaripada kajian Isnain Putra Baskara dan Guruh Taufan Hariyadi (2014), Cecillia Desy WidyaPermata Sari (2015) dan Pube Emma Naomi, R.B (2016). Ini untuk memastikan kesahan soalan soalselidik dalam kajian ini.Jadual 2: Ujian KebolehpercayaanPemboleh UbahKepercayaanKemudahanPopulariti dan KeselamatanPengalamanCronbach Alpha0.6400.8500.8410.715Hasil daripada ujian kebolehpercayaan yang ditunjukkan pada Jadual 2 didapati bahawa nilaiCronbach Alpha bagi instrumen soal selidik adalah 0.49 dan ke atas. Bagi Sekaran (1992), nilaikebolehpercayaan yang kurang daripada 0.60 adalah dianggap rendah dan tidak boleh diterima, nilaiAlpha antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala nilai Alpha melebihi 0.80 adalah dianggapbaik. Oleh yang demikian, nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha di atas adalah sesuai digunakandalam kajian ini.DAPATAN KAJIANJadual 3 menunjukkan analisis latar belakang respoden. Jadual ini menunjukan Sembilan puluh duaperatus (92%) responden mempunyai pengalaman membeli belah secara atas talian.Analisis Latar Belakang RespondenJadual 3: Latar Belakang RespondenJantinaUmurLelakiPerempuanJumlah20 Tahun ke bawah21 – 25 Tahun26 – 30 25165232100

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)e-ISBN: elahsecara atas 8361005 dan 67 dan 89 dan ke 25928100Objektif Kajian PertamaObjektif kajian adalah mengenal pasti sama ada faktor kemudahan, faktor populariti dan faktorpengalaman mempengaruhi kepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talian.Penyelidik menggunakan kaedah korelasi kerana data yang digunakan adalah bertahapnominal. Menurut Fauzi Hussin et al., (2014), pekali korelasi ialah suatu indeks yang menunjukkandarjah hubungan antara pemboleh ubah. Kesimpulan tentang nilai-nilai r adalah seperti di bawah:Jadual 4: Penilaian Skor KorelasiKorelasi di antara.8 dan 1.0.6 dan .8.4 dan .6.2 dan .4.0 dan .2HubunganSangat KuatKuatSederhanaLemahSangat LemahMenurut Walpole (1995), analisis korelasi adalah metode statistik yang digunakan untuk mengukurbesarnya hubungan antara dua pemboleh ubah atau lebih. Terdapat tiga metode korelasi sederhana(bivariate correlation) iaitu Pearson Correlation, Kendall’s tau-b, dan Spearman Correlation. Dalamkajian ini, penyelidik memilih untuk menggunakan Korelasi Pearson. Korelasi Pearson adalah ukurankekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah yang dikaji. Korelasi Pearson ini terdiri daripada tigajenis hubungan yang mungkin wujud antara pemboleh ubah iaitu korelasi positif, negatif atau tiadakorelasi (Lay Yoon Fah, Khoo Chwee Hoon, 2009).Kajian ini berpandukan skala Rowntree untuk membuat tafsiran nilai korelasi bagi mengenal pastihubungan antara faktor kemudahan, faktor populariti dan keselamatan, dan faktor pengalaman.70

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)e-ISBN: 978-967-2122-15-9Jadual 5: KorelasiKMPearson CorrelationSig. (2-tailed)NPearson Correlation125.519**KM.519**.0001251PKSig. (2-tailed)NPearson 72.055125.004125.043.637125125.211*.018125Sig. (2-tailed)NPGPearson CorrelationSig. (2-tailed)N**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).*. Correlation is significant at the 0.05 level .637125.211*.0181251125Jadual 5 di atas menunjukkan nilai korelasi bagi setiap pemboleh ubah tidak bersandar (kemudahan,populariti dan keselamatan, dan pengalaman) terhadap pemboleh ubah bersandar (faktor-faktor yangmempengaruhi kepercayaan terhadap pembelian atas talian).Dapatan menunjukkan terdapat dua korelasi terhadap pemboleh ubah tidak bersandar (kemudahan,dan populariti dan keselamatan) terhadap pemboleh ubah bersandar. Hal ini terbukti dengan nilai p 0.000 bagi kedua pemboleh ubah tidak bersandar tersebut dengan nilainya kurang daripada ɑ 0.01.Manakala tiada korelasi terhadap satu pemboleh ubah tidak bersandar (pengalaman) terhadappemboleh ubah bersandar kerana nilai p 0.055 melebihi daripada nilai ɑ 0.01.Bagi faktor populariti dan keselamatan, nilai korelasi yang dicatatkan adalah 0.604 dan ia mempunyaihubungan yang kuat. Perkara ini menunjukkan bahawa populariti dan keselamatan mempengaruhikepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talian. Dapatan ini selari dengan Hoga Saragih danRizky Ramadhany (2012), Abdurrahman Adi Sukma (2012), Mujiyana dan Ingge Elissa (2013), danRaman Arasu dan Viswanathan A. (2011). Di samping itu, faktor kemudahan adalah pemboleh ubahtidak bersandar kedua yang mempunyai nilai korelasi sebanyak 0.519 yang mana ia mempunyaihubungan yang sederhana. Dapatan ini selari dengan Pube Emma Naomi, R.B (2016). Seterusnya,nilai korelasi terendah di antara ketiga-tiga pemboleh ubah dengan nilainya sebanyak 0.172 mewakilifaktor pengalaman.Objektif Kajian KeduaObjektif kajian kedua adalah mengenal pasti faktor paling dominan yang mempengaruhi kepercayaanpengguna terhadap pembelian atas talian. Penyelidik menggunakan kaedah regresi untuk menjawabobjektif kajian ini. Ini kerana analisis regresi adalah salah satu kaedah untuk menentukan hubungansebab-akibat antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain.71

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)e-ISBN: 978-967-2122-15-9Jadual 6: PekaliModelPekali Tidak TerpiawaiBPekali TerpiawaiSisihan PK.482MinPG.044Peramal (Konstan): MinKM, MinPK, MinPGPemboleh Ubah Bersandar: MinPCYR square 0.510, F statistics 42.061, Sg 0.000**ρ 00.000.437Jadual 6 di atas memaparkan keputusan analisis berganda bagi pemboleh ubah tidak bersandar iaitukemudahan, populariti dan keselamatan, dan pengalaman terhadap pemboleh ubah bersandar iaitukepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talian. Sejumlah 26.01 peratus nilai R Square bagikepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talian diterangkan oleh pemboleh ubah kemudahan,populariti dan keselamatan, dan pengalaman.Merujuk kepada Jadual 6 di atas, pemboleh ubah tidak bersandar iaitu kemudahan dan populariti dankeselamatan berhubung secara signifikan dengan kepercayaan pengguna terhadap pembelian atastalian. Kedua-dua pemboleh ubah tidak bersandar tersebut berkait secara positif dan signifikan padatahap ρ 0.05. Keputusan juga menunjukkan pemboleh ubah tidak bersandar yang ketiga iaitupengalaman tidak berhubung secara signifikan dengan kepercayaan pengguna terhadap pembelian atastalian.Berdasarkan analisis Jadual 6, model regresi berganda dapat dibentuk seperti berikut:PCY 4.376ɑ 0.334X1 0.482X2 0.044X3 ePCY : Kepercayaan pengguna terhadap pembelian atas talianɑ: Nilai konstanX1: Pemboleh ubah kemudahanX2: Pemboleh ubah populariti dan keselamatanX3: Pemboleh ubah pengalamane: RalatModel ini menunjukkan kemudahan (X1) dan populariti dan keselamatan (X2) mempunyai pengaruhyang signifikan terhadap kepercayaan iaitu β1 0.334 dan β2 0.482. Hasil ujian statistik inimenyokong bahawa hipotesis H1 dan H2 diterima iaitu pemboleh ubah kemudahan, dan popularitidan keselamatan mempunyai hubungan yang signifikan yang mempengaruhi kepercayaan penggunadalam pembelian atas talian. Manakala, pengalaman tidak mempunyai pengaruh yang signifikanterhadap kepercayaan iaitu β3 0.044. Hasil ujian statistik ini menunj

barangan, kemudahan dalam melakukan pembelian, kemudahan pembayaran, dan juga kemudahan mendapatkan barangan tersebut. Bagi Suhartini R.S (2011) membuat pembelian secara atas talian di katakan mudah kerana hanya perlu membuka laman sesawang, klik pada barangan yang diingini, lakukan transaksi dan barang akan dihantar kemudian.