Transcription

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019. e-ISBN: 978 967 2122 78 4PEMBINAAN MODUL PENGURUSAN STRES MENERUSIPENDEKATAN PSIKOTERAPI ISLAM (MOPSI) TERHADAP PESAKITKANSERNorhafizah MusaUniversiti Teknologi [email protected] Yaakub @ AriffinUniversiti Teknologi MalaysiaZaharah MustafaUniversiti Teknologi MalaysiaMohd Hambali RashidUniversiti Teknologi MalaysiaABSTRAKKajian Jabatan Pesakit Kanser di Hospital Besar Kuala Lumpur menunjukkan statistikpesakit Melayu-Islam mencapai angka tertinggi menghidap kanser payudara berbandingbangsa Cina dan India. Statistik ini melibatkan penghidap kanser dari tahap awal hinggatahap akhir dan yang maut berpunca dari penyakit tersebut. Hal ini menyebabkan individuyang menghidapi penyakit kritikal seperti kanser payudara bukan sahaja mengalamikesakitan fizikal, malah terganggu spiritual, psikologi dan emosi sehingga bolehmenyebabkan stres dan tekanan kepada pesakit. Oleh itu terdapat pelbagai faktor yangboleh menyebabkan penyakit itu boleh menjadi semakin teruk antaranya kelemahanelemen spiritual dan psikologi pesakit. Ini kerana tekanan dan ketidakstabilan emosi sangatberkait dengan elemen spiritual dan psikologi pesakit. Kepelbagaian rawatan alternatifyang disediakan untuk merawat pesakit kanser payudara, antaranya adalah pembedahan,kemoterapi, radioterapi atau pemindahan sumsum tulang yang merupakan rawatan utama.Namun begitu, Keperluan penghayatan keagamaan akan membantu pesakit untukmeredakan ketegangan emosi agar terus menjadi manusia yang positif. Selain itu, amalankerohanian juga mampu meningkatkan kestabilan unsur dalaman (jiwa) manusia dalamproses penyembuhan. Kajian ini mengetengahkan pendekatan psikoterapi Islam dalammengurus tekanan yang dialami oleh pesakit kanser payudara. Satu modul psikoterapiIslam (MOPSI) telah disintesis berdasarkan sumber utama iaitu al-Qur’an dan hadis.Kata Kunci: modul, pengurusan stress, psikoterapi Islam, Pesakit kanserPengenalanKanser payudara telah menjadi penyebab utama kepada kematian wanita Asia khususnyabeberapa tahun kebelakangan ini. Statistik penghidap kanser payudara telah jauh meningkat dinegara-negara membangun termasuk Malaysia mengatasi jenis kanser yang lain (Agarwal G,Pradeep P.V, Yip C.H & Cheung P.H, 2007) Setiap tahun, anggaran sebanyak 1.6 juta kes baruyang didiagnosis di seluruh dunia. Di Malaysia, kanser payudara adalah kanser yang paling biasadi mana 1 dalam 19 wanita Malaysia akan didignosis dengan kanser payudara pada usia 85104

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019. e-ISBN: 978 967 2122 78 4tahun. Sekitar 4000 wanita didiagnosis setiap tahun dan ia biasanya berlaku dalam kalanganwanita yang berusia antara 35 hingga 60 tahun dengan 40 peratus dihidapi oleh yang berumur dibawah 50 tahun. Suatu kemungkinan besar angka penghidap kanser payudara menjadi lebihbesar daripada laporan rasmi tersebut kerana ada kes-kes yang tidak dilaporkan terutama bagipenghidap kanser payudara yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman dan mengalamikesulitan dari segi pengangkutan (CARIF, 2015). Kajian Jabatan Pesakit Kanser di HospitalBesar Kuala Lumpur menunjukkan statistik pesakit Melayu-Islam mencapai angka tertinggimenghidap kanser payudara berbanding bangsa Cina dan India (Abdullah N. Hisham & ChengH. Yip , 2004). Statistik ini melibatkan penghidap kanser dari tahap awal hingga tahap akhir danyang maut berpunca dari penyakit tersebut. Kadar pesakit kanser yang dilaporkan telahmenyebabkan tahap kebimbangan dalam kalangan individu dan pesakit meningkat keranapenyakit tersebut dikatakan pembunuh nombor satu wanita apatah lagi dengan tanggapan seolaholah tidak ada harapan untuk sesiapa pulih dari penyakit ini.Hal ini menyebabkan individu yang menghidapi penyakit kritikal seperti kanser payudarabukan sahaja mengalami kesakitan fizikal, malah terganggu spiritual, psikologi dan emosisehingga boleh menyebabkan stres dan tekanan kepada pesakit. Berdasarkan kajian Moh Sholeh,stres boleh menyebabkan sistem imun badan terganggu untuk melawan penyakit, justeru, bolehmenyebabkan penyakit yang dialami bertambah teruk (Moh Soleh, 2012). Oleh itu terdapatpelbagai faktor yang boleh menyebabkan penyakit itu boleh menjadi semakin teruk antaranyakelemahan elemen spiritual dan psikologi pesakit. Ini kerana tekanan dan ketidakstabilan emosisangat berkait dengan elemen spiritual dan psikologi pesakit.Pesakit Melayu-Islam sering dikaitkan dengan cara hidup dan kepercayaan yangmendorong mereka untuk mencari rawatan alternatif bagi kesakitan mereka selain dari merujukmasalah kesihatan kepada institusi perubatan profesional. Usaha pencegahan melalui cara hidupIslam, khususnya pendekatan psikoterapi Islam melalui ketinggian amalan spiritual diharapbanyak membantu pesakit kanser payudara Melayu-Islam dalam menghadapi penderitaanmereka (Amber Haque & Khairol A. Masuan, 2002). Menurut Hamdani Bakran, psikoterapiIslam adalah proses perubatan merawat penyakit mental, spiritual, tekanan jiwa dan fizikalmelalui bimbingan al-Qur’an dan al-Sunnah (Hamdani Bakran Adz-Dzaky, 2001). Prosespenyembuhan jiwa manusia dari segala penyakit membuktikan perubahan boleh berlaku padadiri seseorang itu ekoran impak keimanan kepada Allah dan segala rukun iman yang lain dalamjiwa manusia dari segala penyakit. Iman dapat merawat kegelisahan dan tekanan dalam hidupsekali gus mengembalikan fitrah kepada kehidupan yang tenang dan jiwa yang tenteram(Muhammad Uthman Najati, 1987).Kajian yang dijalankan oleh (Pargament, 2005) pula menunjukkan bahawa penghayatankeagamaan merupakan sumber motivasi terbaik, penetapan nilai dalam diri manusia dan sumbermemberi ketenangan kepada perasaan pesakit. Ketinggian unsur rohani membawa manusiakepada suatu bentuk kesedaran untuk memahami bahawa penyakit dan penderitaan adalah suatubentuk anugerah Tuhan yang boleh meningkatkan nilai diri manusia dan kesucian jiwa mereka(Tzeng H. M, & Yin C. Y., 2006). Bagi Islam, kesihatan dan kesejahteraan manusia di dunia danakhirat bukan dinilai semata-mata pada kesihatan zahir atau fizikal, sebaliknya Islam melihatdengan pandangan yang syumul bahawa manusia yang berjaya dan sejahtera adalah insan yangsihat sejahtera jiwanya dan berfungsi mengabdikan diri mereka kepada Allah SWT.(AsmawatiSuhid & Fathiyah Mohd Fakhruddin ,2012).105

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019. e-ISBN: 978 967 2122 78 4Daripada paparan dan maklumat di atas menggambarkan bahawa fenomena penyakit payudara amatlah berbahaya. Keadaan kesihatan boleh menjadi lebih kronik apabila pesakitmenghadapi stres yang berlebihan. Kesan daripada stres yang tidak ditangani bolehmenyebabkan psikologi dan fisiologi individu terganggu serta menurunkan tahap kesihatan(M.M. Zafir & M.H. Fazilah, 2006), Di samping itu, penyakit kanser payudara ini secaraumumnya memberikan kesan terhadap imej badan seseorang seperti keguguran rambut apabilakimoterapi disebabkan alopecia. Kesan biasanya bermula dalam masa beberapa hari selepaskimoterapi. Oleh itu, pesakit yang menjalani kimoterapi mempunyai perasaan trauma untuktrauma untuk keguguran rambut. Bagi sesetengah wanita, alopecia memberi trauma yang lebihberbanding mastektomi (Ruchika Rani, Manjinder Singh & Jasbir Kaur, 2016).Rawatan mengatasi kanser payudara memerlukan penyelesaian yang bersifat klinikal dansaintifik berasaskan perubatan moden. Namun aspek yang bakal ditonjolkan oleh pengkaji dalamkajian ini ialah bagaimana mengatasi dan mengurangkan tahap penderitaan yang dialami olehpenyakit kanser melalui medium rawatan Psikoterapi Islam. Pengkaji percaya Allah yangmencipta penyakit dan Allah jua yang menyembuhkannya. Firman Allah SWT di dalam Surahal-Syu’ara’ ayat 80:َۡ ََُ ُ ۡ َ َ ِني ِ ِإَوذا م ِرضت فهو يشف (Surah al-Shu‘ara’, 26: 80)Terjemahan: “Dan apabila Aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.”Komponen Modul MOPSIModul MOPSI merupakan satu modul yang membantu pesakit-pesakit kanser payudara dalammenangani stres yang dihadapi. Modul ini dibentuk berasaskan konsep-konsep dan amalanamalan dalam Islam yang berasaskan al-Qur’an dan al-Sunnah yang dapat dilakukan oleh pesakitsebagai rutin harian mereka (Che Haslina Abdullah, 2013). Bentuk-bentuk amalan yang dipilihbukan sahaja diperlihatkan kelebihannya oleh al-Qur’an, malah juga diperakui oleh ilmu sainsdan ahli atau pakar perubatan. Modul MOPSI ini mempunyai tiga tahap saringan sebelumdianalisa bagi mengenal pasti tahap stres yang dialami oleh pesakit. Pada peringkat permulaan,pesakit dikehendaki menjawab Borang DASS iaitu Depression Anxiety Stress Scale yangdikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia untukmengetahui dan menilai tahap stres, anzieti dan kemurungan pesakit (Unit Kesihatan Mental,2017). Setelah itu, pesakit telah diberikan modul MOPSI ini di dalam bentuk jadual bagimemudahkan mereka merujuk amalan-amalan yang telah disusun oleh pesakit. Tahap ketiga,merupakan perjumpaan terakhir antara pengkaji dan pesakit bagi meninjau dan mendapatkanmaklum balas dengan soalan-soalan yang sesuai tentang keadaan mereka setelah melakukanamalan-amalan seperti yang ditunjukkan MOPSI. Tujuan utama modul ini dibentuk adalah untukmencadangkan kaedah dan memberi peringatan kepada pesakit tentang perkara yang utama ialahmenjaga hubungan dengan pencipta makhluk iaitu Allah SWT. Penyusunan modul jugabertujuan untuk membimbing pesakit agar lebih bersifat positif dan bersangka baik dengan takdirAllah. Sesungguhnya setiap penyakit yang dialami juga merupakan takdir yang telah ditetapkanolehNya untuk insan-insan yang terpilih bagi menguji keimanan seseorang hamba.Modul ini mengandungi lima bahagian utama (Yekti Nurhaeni, 2015), iaitu:i.Modul terapiii.Ahli terapi106

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019. e-ISBN: 978 967 2122 78 4iii.iv.v.Klien atau penerimaMetodologi terapiPemerhatian dan penilaianRajah 1: Lima Bahagian Utama Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam (MOPSI)Sumber: Olahan PenyelidikModul TerapiModul ialah pembahagian unit-unit tertentu yang lengkap dengan komponennya yang melakukanfungsi tertentu dan mempunyai rangkaian dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar.Modul juga merupakan satu bahan yang mengandungi pakej pengajaran bagi mencapai objektiftertentu serta boleh dijadikan panduan kepada setiap individu (Jamaludin Ahmad,2008).Manakala terapi menurut dewan bahasa dan pustaka ialah rawatan proses pemulihan terhadappenyakit fizikal atau mental dengan tidak menggunakan pembedahan dan ubatan. Modul terapiadalah asas paling utama dalam menjayakan modul pengurusan stres ( MOPSI) ini. Modul terapimerupakan sebuah rumusan berdasarkan kepada prinsip dan ajaran Islam dalam menguruskantekanan jiwa berdasarkan kepada al-Qur’an, Sunnah Rasulullah SAW dan para ulama yangmuktabar. Modul terapi juga penting dalam membentuk sistem pemikiran yang betul kepadapesakit kanser payudara dalam mengurus stres. Modul terapi ini merangkumi lima bentuk terapiiaitu:Rajah 2 : Lima Terapi dalam Modul Terapi Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam(MOPSI)Sumber: Olahan Penyelidiki. Terapi Konsep Fahaman atau KepercayaanKefahaman seseorang terhadap konsep tertentu akan membentuk sistem kepercayaan dankeyakinan dalam diri individu. Manusia sendiri sebenarnya bertindak hasil dari sistem107

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019. e-ISBN: 978 967 2122 78 4kepercayaan yang diyakini sama ada secara sedar atau tidak sedar. Demikianlah kehadiranIslam sebagai sistem hidup yang didasari kefahaman, kepercayaan, keyakinan atau dalamistilahnya disebut Aqīdah Islāmiyyah yang melibatkan soal keimanan. Malah, tahap sistemkepercayaan yang dibawa oleh Islam mempunyai daya peningkatan yang dirumuskan dalamprinsip Islam, Iman dan Ihsan (Acikgenc, Alparslan, A.,1996). Firman Allah:َ ه َ ُۡ ُ ُ ََ ُه ٞ ج َرة َطي َبة أَ ۡصلُ َها ثَاب َ ٱَّلل َم َث اٗل ََك َِم اة َطي َب اة َك َش َ ت َو َف ۡر ُع ُ َض َب ه َ َ أل َ ۡم تَ َر َك ۡي َف ِ ِني ح ُك ا ه ل ك أ ِت ؤ ت ء ا م ٱلس ِف ا ه ٍَِِِِِِٖۢۡ ََ هُ ۡ ََ َ ه ُ َ َََُ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ۡ ُه ٱَّلل ۡٱۡلَ ۡم َث َال ل ه ُۡ بإ ۡذن َرب َهاۗ َويَ ۡۡض ُب ه اس لعلهم يتذكرون ومثل َك ِم ٍة خبِيثةٖ كشجر ٍة خبِيث ٍة ٱجتثت مِن فو ِق ِ ِلن ِِ ِ ََِِۡ َ ۡرض َما ل َ َها مِن ق ار ر ِ ٱۡل ٖ(Surah Ibrahim, 14: 24-26)Terjemahan: “Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allahmengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sepertipokok yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabangpucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masadengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandinganitu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Danbandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti pokok yang tidakberguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapakbaginya untuk tetap hidup.”ii. Terapi Amalan dan PenghayatanModul ini mengetengahkan terapi yang berbentuk amalan yang sememangnya dijadikansebagai penawar. Ia merupakan amalan-amalan yang membantu pesakit untuk mendekatkandiri dengan Penciptanya dan sekali gus mencari penawar bagi segala kegelisahan, kegusaranatau ketakutan yang terbendung dalam hati mereka disebabkan rasa putus asa terhadap sakityang dialaminya apabila ditimpakan sesuatu yang tidak baik atau ujian dalam hidup mereka.Namun, semuanya itu sukar dialami bagi mereka yang mengerjakan solat, membahagikansedikit hartanya kepada orang lain dan melakukan amal kebaikan seperti yang diperintahkanoleh Allah SWT. (Ibn ‘Ata’ Allāh, 1997). Firman Allah SWT:َ َٰ َ َ ۡ ُ َ َ َ ه ُ ۡ َ ۡ ُ َ ُ ا ه ۡ ُ َ َ ه إ هن ۡٱۡل َ َٰ َ ُ َ َ ُ ا ٱلَّش َج ُز ا ُّ وًع إ َذا َم هس ُه ه لَع َصٗلت ِ ِه ۡم ٱَّلين هم ِ وًع ِإَوذا مسه ٱۡلۡي منوًع إَِّل ٱلمصل ِني ِ نسن خل ِق هل ِ َِ ه ه ه َُۡٞ َ ُُۡ َ َۡ ِلسائل َوٱل َم َ ُ َ َ ِ ح ُر ه ٞ ۡ َۡ ۡ َ ه َۡ ََ َ َ ُ َ اب ِ ِين وٱَّلِين هم مِن عذ ِ ِ دائِمون وٱَّلِين ِِف أموَٰل ِ ِهم حق معلوم ل ِ وم وٱَّلِين يصدِقون بِيو ِم ٱل َۡ ََُۡ َ َ َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ ٰٓ َ َ ۡ َ َٰ ُ َ ه ُ ۡ ُ َ َ ه ۡ كت ُۡ َ َ َ َ ُّ ۡ ُ َ ه ََُٰ ج ِهم أو ما مل ِ ج ِهم حفِظون إَِّل لَع أزو ِ ون وٱَّلِين هم ل ِفرو ٖ رب ِ ِهم مشفِقون إِن عذاب رب ِ ِهم غۡي مأم َََ َ ُ َ َ ۡ َ َٰ ُ ُ ۡ َ ه ُ ۡ َ ۡ ُ َ ُ َ َ َ ۡ َ َ َٰ َ َ َ َ َٰ َ َ ُ ْ َ ٰٓ َ ُ ُ ۡ َ ُ َ َ ه ِين ه ۡم ِۡلم َٰ َنَٰت ِ ِه ۡم َوع ۡه ِده ِۡم َر َٰ ُعون أيمنهم فإِنهم غۡي ملومِني فم ِن ٱبتَغ وراء ذل ِك فأولئِك هم ٱلعادون وٱَّل ََۡ ٰٓ َ ْ ُ َ ُ َ ُ ۡ َ َ َٰ َ َ ۡ ُ َ َ ه َ ُ َ َ َٰ َ َٰ ۡ َ ُ َ َ ه َٰ َ ه ت ُّمك َر ُمون وٱَّلِين هم بِشهدت ِ ِهم قائِمون وٱَّلِين هم ٖ لَع صٗلت ِ ِهم ُياف ِظون أولئِك ِِف جن (Surah al-Ma‘ārij, 70: 19-35)Terjemahan: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(lagi bakhil kedekut); apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resahgelisah;dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;kecualiorang-orang yang mengerjakan sembahyang -, Iaitu mereka yang tetap108

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019. e-ISBN: 978 967 2122 78 4mengerjakan sembahyangnya;dan mereka (yang menentukan bahagian) padaharta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -, bagi orang miskin yangmeminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);dan merekayang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang solehsebagai buktinya);dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azabTuhannya, -, kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagiseseorangpun) merasa aman terhadapnya;dan mereka yang menjagakehormatannya, kecuali kepada isterinya atau kepada hambaNya, makasesungguhnya mereka tidak tercela; kemudian sesiapa yang mengingini selaindari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;danmereka yang menjaga amanah dan janjinya;dan mereka yang memberikanketerangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);dan merekayang tetap memelihara sembahyangnya;mereka (yang demikian sifatnya)ditempatkan di dalam syurga dengan diberikan penghormatan.”Tiga amalan utama ini, qiamullail, solat, sujud dan sedekah dipilih kerana ia merupakansunnah terbesar yang dilakukan oleh Rasulullāh sepanjang kehidupan selain sunnah-sunnahlain yang dilakukan baginda. Gambaran mengenai terapi amalan dan penghayatan adalahseperti berikut:Rajah 3: Empat Bentuk Terapi Amalan dan Penghayatan dalam Modul Terapi Modul Pengurusan StresMenerusi Pendekatan Psikoterapi Islam (MOPSI)Sumber: Lakaran Olahan Penyelidikiii. Terapi Personaliti Karakter Atau Behaviour (Sunnah Rasulullah SAW)Kefahaman seseorang terhadap konsep tertentu akan membentuk sistem kepercayaan dankeyakinan dalam diri individu. Manusia sebenarnya bertindak hasil dari sistem kepercayaanyang diyakini sama ada secara sedar atau tidak sedar (Melati Sumari et. al, 2014).Kepercayaan ini mengawal personaliti manusia (Othman Mohamed, 2005). KedatanganIslam sebagai sistem hidup yang didasari oleh kepercayaan, keyakinan, kefahaman ataudalam istilahnya disebut aqidah Islamiyyah yang melibatkan soal keimanan (Yūsuf alQaraḍāwī, 1984). Firman Allah SWT:109

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019. e-ISBN: 978 967 2122 78 4ْۡ َ َ َ َ َ ُ ُ ۡ َ ُ َ َٰ ُ َ ه َ َ ه ُ َُ َََۡ ه َ ول َء ام ُنوا َو َما َي َد ُعون ٱَّلين ء ِ ام هنا بِٱَّللِ َوبِٱۡلَ ۡو ِم ٱٓأۡلخ ِِر وما هم بِمؤ ِمن ِني يخدِعون ٱَّلل و اس من يق ِ َوم َِن ٱنله ُۡ َ ه َ إَِّل أنف َس ُه ۡم َو َما يَش ُع ُرون (Surah al-Baqarah, 2: 8-9)Terjemahan: “dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allahdan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.” “mereka hendakmemperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdayadirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.”Islam itu hadir dengan dibawa oleh seorang yang sangat tinggi darjatnya disisi AllahSWT iaitu Rasulullah SAW Baginda juga merupakan contoh yang paling baik dan palingsempurna untuk umat manusia sepanjang zaman, sebagaimana firman Allah SWT yangbermaksud: ه ُ َ َ َ َ ه ٱَّلل َكث ا َ ٱَّلل َو ۡٱۡلَ ۡو َم ٱٓأۡلخ َِر َو َذ َك َر ه َ ل َِمن ََك َن يَ ۡر ُجوا ْ ه ٞ ٱَّللِ أُ ۡس َو ٌة َح َس َنة ِۡيا لق ۡد َكن لك ۡم ِِف َر ُسو ِل (Surah al-Ahzab, 33: 21)Terjemahan: “Sesungguhnya pada hari Rasulullah itu adalah suri teladan yangbaik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dankedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah”.Baginda merupakan Rasul yang paling banyak menerima dugaan sepanjang hidupnyawalaupun baginda merupakan kekasih Allah SWT. Namun, sesuatu yang menjadikekaguman manusia sejagat terhadap peribadi baginda yang sangat mulia dan memilikitawadhuk yang begitu tinggi serta Rasulullah tidak pernah mengeluh dalam menerima segalabentuk ujian dan kesusahan. Baginda menghadapinya dengan sabar dan meletakkan sepenuhpergantungan kepada Allah SWT. Ini menunjukkan tingkah laku Rasul perlu dijadikancontoh (Zikwan Salleh, 2014). Jika ketaqwaan baginda dijadikan ikutan, pasti kehidupanyang dilalui akan dijalankan dengan penuh tawaduk dan rasa bersyukur terhadap Allah SWT.Ujian yang dihadapi, sakit yang ditanggung atau segala kesulitan akan menjadi satu hiburanyang biasa dan menganggap ianya hanya teguran dari Allah yang rindukan rintihan ataupengaduan hamba-hambaNya. Setiap dugaan yang Rasulullah alami sedikit sebanyak dapatmempengaruhi sesiapa sahaja untuk lebih bersemangat dan bertahan ke atas setiap ujian yangditimpakan ke atas mereka. Tiada manusia yang lebih banyak ujian yang dihadapinya kecualibaginda, Rasulullah SAW. Oleh itu, sifat positif dapat di bentuk oleh sesiapa sahaja yangbenar-benar menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh atau idolanya (Md ShadidulHaque, 2016). Secara asasnya, teori Rational Emotional Behaviour Therapy (REBT) lebihmengutamakan tingkah laku klien. Namun emosi, kognitif dan tingkah laku saling berkaitandi antara satu sama lain. Ini kerana manusia menggunakan pemikirannya untukmenterjemahkan segala peristiwa yang berlaku dan emosi serta tingkah lakunya akanmengikut apa yang difikirkan olehnya. Oleh yang demikian, Albert Ellis mengatakan bahawamanusia adalah penyebab kepada masalah psikologi yang dialami (Aina Razlin MohammadRoose, 2014)Berdasarkan pandangan Albert Ellis, Model ABCDEF dalam teori REBT menunjukkanbagaimana personaliti seseorang individu dapat dibentuk. Model ini digunakan dalammemahami peristiwa, perasaan, pemikiran, dan tingkah laku klien. Lebih lanjut, A110

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019. e-ISBN: 978 967 2122 78 4bermaksud activating event iaitu peristiwa yang mencetuskan, manakala B bermaksud beliefatau kepercayaan tentang A, dan C bermaksud emotional and behavioural consequences iaitukesan terhadap emosi dan tingkah laku. A boleh menyebabkan C, iaitu kesan kepada emosi.D bermaksud disputing event atau perdebatan yang mencabar kepercayaan tidak rasional danE bermaksud effective philosophy iaitu kesan kepercayaan baru yang menggantikanpemikiran tidak rasional seterusnya F bermaksud new feeling iaitu perasaan yang timbulhasil daripada E kesan kepada kepercayaan yang baru wujud (Othman Mohamed, 2005).Contoh gambaran adalah seperti berikut:-Rajah 4: Model ABCDEF dalam Teori REBTSumber: Teori Kaunseling dan Psikoterapi (KualaLumpur: Universiti Malaya, 2014), 146.Hal yang sama turut dibincangkan oleh al-Māwardī dengan menyebut personalitimanusia berubah apabila mempunyai pengetahuan berkaitan dengan keburukan dan kebaikansesuatu tingkah laku itu. Bagi situasi A di dalam model ABCDE pengkaji melihat pandanganal-Māwardī dapat dihubungkait kerana al-Māwardī berpendapat bahawa persekitaran danpergaulan boleh mengubah tingkah laku personaliti seseorang. Contohnya pergaulan yangburuk boleh memberi kesan untuk berpersonaliti yang teruk (al-Māwardī 1986) . PendapatAlbert Ellis juga turut mendapati peristiwa yang berlaku boleh meninggalkan kesan ke ataspersonaliti individu (Gerald Corey,2009). Pengkaji berpandangan pendapat al-Māwardī bolehdigabungkan di dalam model ini kerana menurut al-Māwardī (1986) dengan pengetahuandapat merubah akhlak atau personaliti seseorang. Pandangan ini berada di dalam situasikeadaan D di dalam model ABCDEF. Albert Ellis percaya dengan berlakunya pendebatanterhadap kepercayaan yang tidak rasional disebabkan oleh seseorang telah celik akal (GeraldCorey,2009). al-Māwardī (1986) mengatakan bahawa seseorang yang berakal danberpengetahuan mampu untuk membuat keputusan, sama ada sesuatu perkara atau perbuatanitu meninggalkan kesan yang baik atau buruk.Berpandukan teori eksistensialisme dan fenomenologi pula manusia mempunyaikebebasan dalam menentukan kehendak kehidupannya tersendiri serta dapat mengawalnya.Sehubungan dengan itu, perubahan perilaku boleh berlaku apabila individu dapat menerimaperubahan dunia dalamanny (Melati Sumari et.al, 2014). Selain itu, terapi kognitif yangdikemukakan oleh Aaron Beck memandang pemikiran sebagai penyumbang kepada tingkahlaku dan emosi, dan seterusnya memberi impak kepada keadaan psikologi seseorang samaada dalam keadaan yang sihat atau kecelaruan mental (Othman Mohamed, 2005). Oleh yangdemikian, pengkaji berpandangan peranan kognitif dan teori REBT serta teori yangdikemukakan oleh al-Māwardī ialah untuk menggantikan pemikiran yang rosak atau tidakrasional dengan pemikiran yang sihat atau rasional yang boleh membantu seseorang untukmendapat kesejahteraan dalam kehidupan. Terapi Personaliti ini menggunakan teknik REBT111

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019. e-ISBN: 978 967 2122 78 4yang digasaskan oleh Albert Ellis dan mengabungkannnya dengan teori yang dikemukakanoleh al-Māwardī iaitu adab al-riyāḍah wa al-istiṣlaḥ.iv. Terapi HatiHati yang khusyuk dalam beribadat mampu diperolehi dengan mengingati Allah danmemberi sepenuh perhatian memahami isi kitab Allah. Firman-Nya: َ َ ۡ َ ۡ ه َ َ َ ُ ْ َ َ ۡ َ َ ُ ُ ُ ُ ۡ ۡ ه َ َ َ َ َ َ َۡ َ َ َ ُ ُ ْ َ ه َ ٱَّل ِين ألم يأ ِن ل َِّلِين ءامنوا أن َتشع قلوبهم َِّلِك ِر ٱَّللِ وما نزل مِن ٱۡل ِق وَّل يكونوا ك َُُ ۡ َ ََ ُ ََۡ ُ َۡ َ َ َ َ ََُۡ ُ ََ َٰ أُوتُوا ْ ٱلۡك َِت م ِۡن ُه ۡم فَٰسِقون ٞ ت قلوبُ ُه ۡمۖۡ َوكث ِۡي ب مِن قبل فطال علي ِهم ٱۡلمد فقس (Surah al-Ḥadīd, 57: 16)Terjemahan: “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman,untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang Telahturun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yangsebelumnya Telah diturunkan Al Kitab kepadanya, Kemudian berlalulah masayang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. dan kebanyakan diantara mereka adalah orang-orang yang fasik.”Bagi mendidik manusia memerlukan dua medium dalam penyampaian maklumat iaituhati dan akal. Akal digunakan dalam memahami seperti hal yang bersifat fakta yang bolehditeliti, manakala hati digunakan dalam memahami seperti hal yang bersifat iman. Hati yangberfungsi dengan baik mampu mengeluarkan tingkah laku yang beradab, kebaikan yangbanyak dan kurang mendatangkan masalah.Gambaran di bawah menunjukkan Terapi hati yang digunakan dalam modul terapiMOPSI adalah seperti rajah di sebelah:-Rajah 5: Empat Bentuk Terapi Hati dalam Modul Terapi Modul Pengurusan Stres Menerusi PendekatanPsikoterapi Islam (MOPSI)Sumber: Lakaran Olahan PenyelidikTerapi hati ini menggunakan teori tazkiyah al-nafs kerana dapat menghilangkan sifatsifat yang tercela. Klien yang melalui sesi terapi ini akan mengambil tanggungjawab untukmerawat hati dengan mengadakan penyucian jiwa dan menumpukan perhatian kepadaakhirat.112

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019. e-ISBN: 978 967 2122 78 4v. Terapi Ijtimā i (Sokongan Sosial)Terapi ijtima’i ialah terapi sokongan sosial yang merupakan keadaan berkait langsungdengan nilai kasih sayang, penghargaan dan perhatian yang memberi sumbangan dalamperkembangan positif ke atas diri individu (Ruhani Mat Min, Abdullah Mohamed & NorEzdianie Omar, 2012). Sokongan sosial diperolehi melalui pembinaan hubungan denganindividu lain dan mewujudkan hubungan yang rapat. Perhubungan individu yang salingmemberi nasihat, mengambil berat, berkongsi maklumat, bertanya khabar dan berkongsimasalah peribadi akan menyebabkan interaksi sosial berlaku. Interaksi ini didapatimengurangkan masalah kesunyian dan dapat menangani tekanan yang sedang dialami olehpesakit (Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin & Mohamad Fauzi Sukimi, 2014).Perhubungan dengan orang lain memberi kesan sampingan kepada kesihatanperseorangan dan kesejahteraan psikologi serta mengelak daripada kemurungan dankesunyian. Menghadiri program kemasyarakatan seperti kenduri menjalinkan hubungandengan orang lain serta mengikuti aktiviti keagamaan menghadiri majlis ilmu mampumemanjangkan usia pesakit kerana kesunyian jiwa dapat diisi dengan aktiviti yangbermanfaat. Secara dasarnya, al-Qur’an menyarankan untuk melakukan kerjakemasyarakatan, tidak menggalakkan sikap perkauman, dan individualistik (David. J Carter& Anahita Rashidi, 2004). Penting diketahui, bentuk dan konsep yang diperkenalkan inidigelar amal jama i dalam Islam (Kamaru Salam Yusof, 2016). Amal jamā i mengajakmanusia untuk berperanan mengambil tanggungjawab bagi melaksanakan amar makruf nahimungkar di dalam sistem sosial masyarakat supaya tidak terpesong menurut amal jamā i didalam Islam yang diperintahkan mengikut suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allahdi dalam aspek akidah, ibadah dan akhlak (al-Qurṭūbī, t.t) Allah memerintahkan manusiabertanggungjawab untuk tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan kepercayaankepada Allah kerana amalan kebaikan yang berlandaskan syarak boleh mendapat keredaanAllah (‘Abd al-Halim Maḥmūd, t.t: Abd al-Karīm Zaydān, 2000). Seterusnya, dalam ilmukaunseling dengan penerokaan dimensi sokongan membentuk kekuatan semangat perludiwujudkan semula dalam diri klien melalui hubungan dengan keluarga, kelompak dan insanuntuk mendapat perasaan kemasyarakatan dan menarik minat sosial (Othman Mohamed,2014).Oleh yang demikian, sokongan sosial ke atas individu dapat mengurangkan tekanandan memenuhi keperluan psikologi individu serta menyediakan bantuan emosi (MohdKhairuddin & Mohamad Fauzi, 2014). Oleh yang demikian, mewujudkan sokongan sosialpenting bagi membolehkan individu meluahkan perasaannya, bertukar-tukar pandangan,memberi atau mendapatkan nasihat dan pertolongan. Sokongan sosial berlaku apabilaindividu yang ada bersatu saling menolong satu sama lain, memberi sokongan terhadapperubahan seperti kesusahan yang berlaku untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik.Sokongan sosial dapat dilihat melalui kasih sayang yang ditunjukkan, sifat mengambil berat,menghormati antara satu sama lain, berkomunikasi sesama manusia, wujud persahabatanyang baru, mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan lama. Bagi mendapatkansokongan sosial, seseorang pesakit hendaklah mengamalkan kemahiran berkomunikasi yangbaik secara lisan dan tidak lisan untuk lebih mudah didekati dan boleh berbual mengenaiperasaan yang terpendam. Komunikasi boleh mengurangkan perasaan negatif yang adakepada pesakit dengan moderated forum dapat megubah persepsi.113

Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2019 ke-3Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019. e-ISBN: 978 967 2122 78 4Ahli TerapiAhli terapi ialah individu yang ingin membantu pesakit kanser payudara seperti ahli keluargapesakit, ahli kanser network atau NGO yang terlibat dengan pesakit kanser boleh menggunakankaedah MOPSI bagi membantu mengurus

Rajah 1: Lima Bahagian Utama Modul Pengurusan Stres Menerusi Pendekatan Psikoterapi Islam (MOPSI) Sumber: Olahan Penyelidik Modul Terapi Modul ialah pembahagian unit-unit tertentu yang lengkap dengan komponennya yang melakukan fungsi tertentu dan mempunyai rangkaian dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar.